Header Ads

Header ADS

Suka duka kehidupan..

Dah lama ataicha tak mencoret sesuatu di blog yang hidup mati tak mahu ini... 

Banyak perkara yang manis dan pahit yang telah ataicha kecapi dalam mengharung kehidupan yang penuh ranjau ini.. 

Dugaan demi dugaan di alami semakin mematangkan kehidupan.. jadikan segala pengalaman dan dugaan sebagai pengajaran dalam kehidupan.. itu akan mencorak kehidupan menjadi lebih baik...

kenangan lepas... kalau di ikutkan hati.. ada pintu masa doraemon memang nak patah balik ke zaman dahulu.. nak corakkan balik kehidupan dan perbetulkan beberapa perkara yang lepas.. namun ianya memang tak akan berlaku... so jadikan perkara silam sebagai pengajaran... bak kita memandu kereta... kita akan selalu memandang ke hadapan bukan ke belakang.. kita hanya pandang ke belakang bila nak undur atau untuk belok sahaja.. sekadar untuk perhati tiada halangan yang akan kita hadapi...

begitu juga kehidupan.. pandang ke hadapan.. sesekali pandang ke belakang.. sekadar untuk elakkan kita lakukan kesilapan yang berulang..namun usah kesali perkara silam.. kerana tanpa perkara silam.. anda tidak akan matang...



No comments

Powered by Blogger.