Friday, January 4, 2013

Dec 2012 - Cameron Highlands


Alhamdulillah, syukur ke hadrat Ilahi, dengan rahmatNya.. ataicha masih berpeluang untuk mencoret sesuatu di blog ini.. dah berabuk dah blog ini rupanya..

Iya laa dah lama sangat tangan ataicha tidak menari-nari di atas papan keyboard ini mencoret sesuatu di dalam blog ini...

Oklaa untuk permulaan, ataicha ingin bercerita tentang percutian yang agak singkat dirancang. hahaha.. ialah tergesa-gesa la jugak.. pening gak nak cari tempat penginapan di sana... Nak booking tm resort Sri Intan kat Cameron Highlands tu dah fully booked. Ialah tarikh dirancang adalah cuti sekolah.. Memang agak sukar lah nak mencari penginapan yang selesa. So 20hb Dec 2012 tu bertolak dari rumah, kami memilih untuk naik Cameron Highlands melalui

Namun mungkin ada rezeki kut, dapatlah menginap di Greenhill Apartment, Tanah Rata dengan kadar RM250 semalam. Agak murah untuk kami yang datang family yang besar. Ada 3 bilik tidur lengkap dengan katil. Dapur yang tersedia untuk kami memasak. Apartment yang lengkap untuk keperluan asas. Dan mungkin rezeki kami dapat yang berada di tingkat 1. Kalau atas sekali, sakit gak kaki ataicha nie nak turun naik kan.

* pose sket, berhenti sekejap di Farm apa ntah.. sebab mrs. ataicha dah nak muntah..


* inilah Greenhill Apartment tempat kami menginap 


* Ada owner rumah berdekatan yang memelihara ular.. So Naufal cam berminat je.. 
* Sedapnya makan aiskrim strawbery kan..

 *Naufal bersama sepupu-sepupunya...
 * bersama ibunya..

 * strawberi orang, posing je laa.. haram makan bukan hak kita kan...

 *ramainya atas tue, nasib baik tak runtuh.. hehehe

 * makan strawberi yang dicelup soklat... strawberi fresh tue..












Makan, maybe satu persoalan yang selalu dipersoalkan... Siang or tengah hari, kami memilih untuk makan di food court depan Maybank Tanah Rata. So far, banyak pilihan lauk-pauk, rasanya sedap dan tidak terlalu mahal. Malam kami memilih untuk masak di apartment. 

Kemana erk kami pergi erk, sampai-sampai semua pakat nak berehat.. Kul 6 petang baru bertolak ke pasar malam Brinchang. Iya laa orang kata famous, pergi je laa.. beli barang makan je. Lepas dah penat, balik ke Apartment. Malam semua cam letih, ataicha ajak birasa ataicha keluar.. tengok apa yang ada di tanah rata.. so far menarik gak tapi sampai kul 10 malam je laa..

Keesokan hari gi Agro Teknologi Park MARDI, pastu singgah makan kat depan Maybank Tanah Rata, pastu balik ke apartment sebab mrs. ataicha nak muntah-muntah je.. pening.. 

Petang tu pulak bergerak ke Brinchang, tapi bukan nak gi pasar malam tapi pergi ke Cactus Valley. Ianya terletak berdekatan dengan tapak pasar malam tu. Korang cari signboard Big Strawbery Farm. Ni kena rajin berjalan sebab naik tangga. 

Dah penat berada disitu, kami pulang ke apartment. Malamnya ataicha keluar lepak di Tanah Rata menyiapkan evaluation 360 degree di Starbuck Tanah Rata.

Sabtu pagi, bersiap-siap untuk check-out, keluar mencari tempat strawberi yang leh petik sendiri.. jumpa tapi bila jalan di hari Sabtu ni, jalan di Cameron agak sesak. Awal pagi turun ke Bharat Tea Center. Lepas siap bergambar naik meredah jem je laa.. sampai dah penat, berhenti di gerai yang jual durian cameron. tak sedap sebab tak masak.. huhuhu.. selepas menjamu selera di situ singgah di Kea Farm untuk membeli belah... 

So lepas singgah Kea Farm terus gerak balik KL. Penat wooo... 

Dah tengok memori yang sempat dirakam disana, frust sket sebab ada beberapa perkara yang diinginkan tidak dapat seperti petik strawberi. Satu tak jumpa tempat, Jumpa tempat buah plak takde. Huhuhuhu.. 

Namun ianya mungkin menceriakan golongan kanak-kanak kan. Ataicha plak insyaallah kalau tiada aral akan ke sini atas urusan kerja.. Hehehehe.. 

Actually banyak lagi gambar yang ingin dikongsi namun takut korang boring plak.. :)

Sesapa nak tahu tips tentang percutian di Cameron Highlands leh usha kat blog Mr Kumai. Link dia http://mrkumai.blogspot.com . Pelbagai tips yang dishare, antara yang bagus gak..

See ya.. thank kerana sudi baca... :)

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers