Solar Audit di Gua Musang dan Grik
Alhamdulillah.. syukur kerana semua kerja semasa menjalankan solar audit berjalan lancar.. Pengalaman menjalankan kerja audit ini, sedikit sebanyak membuatkan ataicha kagum dengan semangat dan keazaman guru-guru yang mengajar di kawasan pendalaman ini. Susah gak erk nak jadi cikgu di pendalaman... kena ada azam dan semangat nak mengajar yang kuat..
Iya la, rasanya secara ikhlas tiada sesiapa yang ingin dihantar berkerja di kawasan yang serba kekurangan dan terputus hubungan dengan dunia luar. Siapa sini nak??? Tak ramai yang nak kan... Ke ada yang volunteer nak kerja kat sana...
So kerja solar kali ni kena partner dengan Hisham dan Linda.. Sepatutnya Hidayu join skali, cuma kekangan kerja lain menyebabkan beliau tak dapat join... Kami bertolak dari KL pada pagi Isnin (5 Nov 2012) dan sampai ke destinasi Gua Musang pada sebelah petang... Memandangkan AES dah mula berjalan.. so ataicha memang bawa agak slow.. malas nak speed sangat.. asal sampai dah ler...
Pagi Selasa tu gi melaporkan diri dulu kat PPD Gua Musang... alhamdulillah bantuan dari pihak PPD memang banyak membantu.. pihak PPD pun dah maklumkan bahawa site SK Hendrop mempunyai sedikit masalah... tambah-tambah kekangan cuaca yang tidak menentu.. so kami memilih untuk ke SK Pos Brooke dahulu.. SK Pos Brooke nie terletak 94KM dari bandar Gua Musang.. jauh gak tu kan.. line telefon memang langsung tiada.. kalau yang gila tengok phone nak BBM, Whatapps or Facebook tu memang akan gila jap... bila tengok phone tu takde line... hahahaha.. senyap jap phone dari berdering kan... Perjalanan yang mengambil masa sejam lebih menaiki bukit... huhuhu... so far jalan memang agak lengang.. kalau kereta rosak di area situ memang nak menangis la kut... line telephone takde.. kereta yang lalu pun jarang2.. huhuhu...
SK Pos Brooke ini insyaallah akan menerima bekalan elektrik tidak beberapa lama lagi.. so takde la berpanas dah lepas nie kan... iya laa tiang elektrik nampak dah terpacak dah...
So bila dah siap semua, kami singgah ke SK Hendrop, tengok2 mana tahu leh masuk ke tak kan... boleh la masuk cuma bila tengok makmal komputer yang dah mula ditimbus dengan tanah... dan keadaan di bawah solar dah dinaiki semak.. memang kami decide site tersebut tak leh dilakukan diatas keselamatan.. huhuhu.. apa yang ada dalam semak setinggi pinggang tu tak dapat dijangkakan... tul tak dari ambik risiko yang tahu tak berapa nak selamat tu... baik jangan ambik kan... Dah sampai ke SK Hendrop pun dah petang so, tak dapat nak jumpa dengan cikgu di sekolah tu...
So kami bergegas pulang ke Gua Musang je...
Dalam 20KM sebelum sampai ke bandar Gua Musang.. phone dah start berbunyi.. banyak tul miss call.. sorry laa erk..
Keesokan harinya kami ke SK Blau yang terletak 50km dari Gua Musang... SK Blau merupakan sekolah ganti.. sepatutnya SK Blau ni tak leh masuk dengan kenderaan ringan... tapi kami dimaklumkan oleh PPD dah ada jalan masuk.. try je laa redah kan..
So boleh laa masuk, tapi sedikit mencabar... cuma bila sampai ke kawasan sekolah.. memang cantik sekolah tersebut.. hehehe.. tengah2 buat kerja cikgu yang memantau kerja kami agak friendly... so banyak laa kami dengar keluahan dan pengalaman beliau... iya laaa.. kalau ataicha yang berada di tempat beliau memang tercabar gak... namun nasib baik bukan ataicha berada disitu...
So lepas siap, kami bergerak ke Grik... dalam hati berharap agar tidak la terserempak dengan apa-apa sepanjang perjalanan kami... alhamdulillah termakbul doa kami.. :p
Cuma ditahan laa ngan roadblock polis dan jpj... huhuhu.. polis suspek kitaorang bawa barang seludup sebab kat seat belakang pun banyak barang.. bukan tak mau letak kat bonet tapi sebab dah nak cepat letak kat seat belakang.. jpj plak buat roadblock tak sampai 2KM dari roadblock polis.. nyaris nak kena saman sebab cermin agak gelap.. huhuhu...
Kat Grik kami berjumpa dengan team Rusydi.. so stay di hotel yang sama... dan pada hari Rabu kami bersarapan di Tasik Banding dan baru kami berpecah.. di nak kena gi SK Pos Kemar... kami plak ke SK RPS Banun... So kali ni sebab last sekolah dan kerjasama cikgu yang baik.. kerja cepat je.. masing2 dah tahu nak wat pe..
Habis je terus kami gerak balik KL... alhamdulillah semua dah settle.. dan tiada apa-apa yang happen.. Team Rusydi... diaorang terserempak dengan sekumpulan gajah masa otw balik ke Grik.. Mujur la kami tak terserempak... huhuhu... Next year.. site-site mungkin lebih mencabar... huhuhu.. doakan agar ataicha selamat erk... :)
0 Comments:
Post a Comment