Monday, October 24, 2011

Selamat Ulang Tahun Sayang.....

Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu

Walaupun ada kisah sedih di dalam lirik Imran Ajmain ini, namun di sini ataicha ingin mengucapkan Selamat Ulang Tahun Perkahwinan yang ke-2 buat isteri tersayang, yup dah 2 tahun... Dalam sedar tak sedar... rasanya baru setahun lebih kita bersama... tak sangka dah 2 tahun.. huhuhu... 

Bila diimbas 2 tahun lepas... tergelak pun ada.. di saat tarikh 24 Oktober nie... rasanya ataicha sorang je kut yang akad nikah guna tangan kiri... sampai tok iman pun janggal... lagipun memang xde pun hukum syarak kata nak akad nikah kena guna tangan kanan kan... hehehe... cam ne leh guna tangan kiri tue?? 


2 minggu sebelum hari bahagia nie... ataicha terlibat dengan kemalangan kecil.. yang menyebabkan jari tengah tangan kanan patah... so kena la simen.. huhuhu.. sedihkan.. tu le orang kata darah pengantin baru memang manis... tapi ataicha bersyukur sebab hanya tangan je yang patah.. kalau badan bercalar? uiks tu kes naya kan..
lupakan seketika kes akad nikah tue... hehehehe..

di entry kali ini, ataicha ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada mrs. ataicha kerana masih setia berada di samping ataicha... walaupun pelbagai ribut dan badai dihadapi.. kita masih lagi bersama menempuhi semua nya... semoga dengan kehadiran Haziq Naufal bakal merapatkan lagi hubungan kita suami isteri... Semoga hubungan kita kekal hingga ke akhir hayat hendaknya... 

Semoga dengan doa rakan-rakan dan keluarga sekalian.. agar tiang masjid yang telah terbina selama 2 tahun ini akan terus kekal utuh hingga ke akhir hayat walaupun apa jua badai yang melanda...
Yup, memang ada asam garam yang kadang2 kala tercetus.. namun ataicha harap segala nya dapat diselesaikan dengan baik k.... lagikan lidah lagi tergigit.. ini kan pula suami isteri.. 

Akhir kata untuk entry kali ini, ataicha harap rakan-rakan dapat mendoakan yang terbaik untuk kami suami isteri... amin....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers