Monday, September 19, 2011

19 September 2011... Man Utd..

Pagi-pagi ni mood ataicha terasa happy sangat sebab.... Manchester United menang 3-1 dengan Chelsea.. hehehe.. iya la semenjak ada baby kecik nie.. kurang sket nak kuar tengok bola dikedai-kedai mamak... huhuhu.. cuma semalam gi la tengok sebab game besar kan.. Dan rasanya ni kali pertama untuk season baru ni, ataicha spend tengok full time.. sabar je laa..

So far puas hati la gak, sebab menang agak besar jugak.. Chelsea pun masa 2nd half banyak beri tekanan gak kat Manchester United... agak berbeza dengan game masa 1st half, yang nampak kelam kabut...

Gol pertama dari tandukan Chris Smalling, memang lawa la jugak.. hasil dari tendangan free kick Ashley Young, masa ni xde player Chelsea yang cover dia...

Gol dari Nani pun memang lawa giler.. rembatan dari luar kawasan penalti tue... 2-0... tengok player Chelsea pun dah start nak down..

Rooney yang tidak dikawal dengan mudahnya menjaringkan gol ke 3, ni disebakan aksi kelam kabut pertahanan Chelsea.. Nice job Phil Jones... anda telah mencetuskan kelam kabut tersebut, hingga defender Chelsea melupakan Rooney.. hehehe...

Tapi bila 2nd start, dengan kemasukan Anelka... Chelsea nampak bertenaga sket.. baru nampak fight... memang 2nd half banyak buat jantung ataicha berdebar-debar... Namun game nie, banyak benda yang mungkin mengingatkan ataicha... yang melibatkan 2 striker ternama. Wayne Rooney & Fernando Torres

Rooney yang tergelincir semasa menendang penalti.. aduyai.. rugi.. rugi... yang telah menyasarkan tendangan jauh dari pintu gol... dan aksi mendebarkan Torres yang melepasi defend.. dan cuma berdepan dengan David De Gea je.. dan nampak dah berjaya menumpaskan De Gea... namun beliau terlepas gagal menjaringkan gol... rasa ianya bukan satu aksi yang diinginkan dari seorang penyerang termahal Chelsea...

Namun bola itu bulat, walaupun semahal mahal player anda.. namun tanpa kerjasama dan persefahaman di kalangan pemain... dan keinginan untuk menang dan tuah... Kemenangan tidak menjamin...

Anyway Manchester United tetap dihati... huhuhuhu
Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers