Header Ads

Header ADS

Ramadhan datang lagi....

hari ni dah 26hb July 2011... rasanya sekejap je kan masa berlalu.. pejam celik, pejam celik.. dah nak puasa balik??... Apa yang berlaku? Ada rasa perubahan tak?.. Ke still rasa sama cam tahun-tahun lepas... hahaha.. kalau rasa sama je cam tahun-tahun lepas tu.. maksudnya rahmat Rahmadhan korang tak terima sebaik-baiknya... huhuhu.. jangan marah pulak ye...
.
Kehadiran Ramadhan ni sepatutnya kita rasa bersyukur kerana kita masih berpeluang bernafas untuk beribadat di dalam bulan yang penuh keberkatan ini... Bukan rasa, alaaaaa puasa lagi ker??. Tak baik tau... Di bulan ini jer, korang dapat mendidik moral dan mendapat ganjaran pahala yang tidak ternilai... Dari segi sains pun elok gak tau... Perut korang sebelum nie, tak henti-henti memproses makanan.. kalau rehat pun masa korang tidur... huhuhu.. hanya di bulan ini perut korang dapat berehat lama sket... Asyik kerja je leh rosak tau.. dan korang pun tau, penyakit banyak berpunca dari makanan kan... so far bulan Ramadhan nie, korang kurang sket makan. Hahaha... Tapi tu bukan tujuan utama... Bila korang berpuasa ni, korang akan rasa lapar kan? Pernah tak korang fikir camne orang miskin rasa?.. yang tak de makanan dan minuman untuk diminum berhari-hari?... Korang berlapar pun 14 jam gitu je... So kita kena la bersyukur sebab kita ada rezeki untuk makan... Berbanding dengan orang lain...
.
Syaitan, Iblis & Hantu-hantu diikat?? Kalau jahat gak tue.. maknanya korang la yang Jahat... hahaha... Actually masa ni la kita dapat mengawal hawa nafsu kita sendiri, tanpa ada hasutan dari syaitan dan iblis.. kalau dalam bulan Ramadhan ni, kita tak dapat nak kawal diri kita maksudnya kita tak mampu nak kawal bila ada hasutan iblis syaitan dibulan lain... huhuhu... Ntah laah... selalu kita dengar ramai yang ditangkap kerana tidak berpuasa di bulan Ramadhan... kenapa erk?.. Yang kena tangkap bukan umur 12 tahun ke 13 tahun.. Yang kena tangkap ni dah umur30 tahun, 40 tahun dan ada jugak dah 60 tahun... Ntah lah, tu ataicha tak tahu nak cakap apa... Tapi dari pengalaman ataicha yang macam ni, banyak disebabkan rokok.... huhuhu.. Kalau yang masih kuat merokok.... bunyi je azan maghrib... makan sket pastu gi merokok 2-3 batang.. lepas gian... huhuhu.. aduyai... makan sket takpe asal leh merokok... huhuhu... dan nasihat ataicha buat rakan-rakan yang masih liat nak berpuasa tue...  Ingat-ingat la korang semua dah ada anak... dah ada tanggungjawab... umur pun dah lanjut... Puasa ni rukun Islam kita.... benda yang wajib bukan sunat.... Kalau sunat tu no hal la nak ponteng...
.
Lagi satu.. masa-masa ni laa ada kuar post-post pahala-pahala yang korang akan dapat bila tunai solat terawih(ganjaran)... huhuhu.. tak yah percaya la erk.. mufti-mufti dah sepakat kata benda tu tak betul... berdosa plak yang kita dapat duk publish dan buat orang percaya dan memilih hari-hari bila nak gi terawih.... actually di bulan ini segala pahala yang diberikan tiada terkiranya nilai kerana semuanya diadili oleh Allah S.W.T... Tugas kita semua, buat segala amalan dan ibadat seikhlas yang mungkin bukan kerana terpaksa atau niat menunjuk kat orang.. sebab ianya agak sia-sia jika niat kita dah tak betul...
.
Ni gak nak pesan, yang ada anak, bulan Ramadhan ni adalah satu kebebasan untuk diaorang keluar malam... alasan nak gi solat terawih, mak bapak percaya je laa kan... padahal melencong ke tempat lain... huhuhu... so kepada insan-insan bergelar ayah dan ibu.. perhatikan anak anda sebelum diaorang melencong bermain mercun... ada yang raya kat spital nanti...
.
Mercun... bulan Ramadhan ni, tak sah kalau mercun nie tak de kan?.. walaupun seketat mana pihak berkuasa membasmi penjualan mercun nie, terus terang kalau tahun lepas, sumber mercun ni masih senang untuk didapati... tipu??? betul... tapi ataicha xleh la cakap sapa yang jual kat sini.. hahaha... Tapi memang senang giler... so tahun ni start je 1 Ramadhan nie, kita tengok je la sapa yang first masuk paper hilang jari, hilangn kaki... huhuhu... dah cam sinonim pulak ngan bulan Ramadhan...
.
Tahun ini, ataicha dan mrs. ataicha agak bersyukur kerana dapat berjumpa dengan bulan Ramadhan dengan kehadiran seorang insan yang menjadi permata hati dan pengubat rindu kami iaitu... Haziq Naufal.... semoga Ramadhan kali ini menjadi makin meriah.... walaupun dalam fikiran ataicha ianya akan menjadi kelam kabut.. hahaha... moga Haziq Naufal baik-baik je erk... Tak tahu sempat masak ke tidak... Sebab kena tengok jadul kerja berubah ke tidak...
.
Dan di bulan Ramadhan yang akan tiba ini, ataicha harap ataicha dapat bertemu malam Lailatulqadar... Insyaallah... Semuanya adalah dengan izin Nya..... AMIN...


Powered by Blogger.