Wednesday, June 29, 2011

Haziq Naufal...

Alhamdulillah... hari ni kiranya 3 hari Haziq Naufal berada di KL bersama ataicha.. pejam celik pejam celik tak sangka plak.. Haziq Naufal dah berusia 2 bulan 17 hari... sekejap je kan...

Sekejap tadi... Haziq Naufal dah dapat meniarap untuk kali pertama setelah 2-3 hari berusaha untuk meniarap... cuma tangan dia tak mampu lagi nak lepaskan.. kalau 2-3 hari ni bila dia dah penat nak meniarap tak dapat.. menangis laa.. huhuhu... entah laa.. tiba-tiba je ataicha rasa nak nangis kegembiraan bila dapat lihat sendiri darah daging ataicha membesar di depan mata...

kalau 2 hari ni, ataicha memang risau bila Haziq Naufal kena di hantar ke rumah pengasuh... iya laa takut pengasuh tak jaga elok ke.. maklumlah.. anak ataicha seorang ni kalau nangis satu kampung leh dengar dia menangis... huhuhu..

bila ada sesiapa menanyakan dah berapa bulan Haziq Naufal nie.. kalau kata 2 bulan lebih semua pakat tak percaya... 2 bulan lebih dah 7kg+... pastu kata ikut bapanya... huhuhuhu.. ataicha ni rasa umur 24 tahun baru badan mula berisi... masa umur 22 tahun.. berat ataicha hanya 46 kg je... kurus kan?? sekarang dah cecah 80kg..

aduhai, check2 kat BMI... berat ideal ataicha adalah 66kg... so ataicha kena la cari jalan cam ne nak turun berat sebanyak 14kg ni....baru la boleh pakai seluar yang ok2.. hahaha... takpe laa.. tak mau rush sangat turun berat.. karang lain plak jadinya...

ops dah melalut cerita pasal bapa dia plak... anyway Haziq Naufal.... thanks kerna hadir dalam hidup ayah... semoga ayah awak ni mampu pikul tanggungjawab sebagai seorang ayah... yang baik, tegas dan berjaya mendidik anak-anak di dunia dan di akhirat.. amin...
Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers