Header Ads

Header ADS

Tugas Seorang Ayah Bermula....

Hari ini baru ataicha berkesempatan mencoret sesuatu di blog ini... setelah 2 minggu menghadapi suasana yang kelam kelibut.. huhuhu.. rasanya baru ataicha dapat menceritakan pengalaman dan bermulanya tugas sebagai seorang ayah...

11.04.2011(isnin) ~ ataicha bawa mrs. ataicha ke Klinik Kesihatan Selayang... maklumlah due dah lepas seminggu, so nak tak nak kena la gi sini kan... lama gak menunggu.. iya la doktor nak check kandungan dan buat surat rujukan.. dalam kul 10 pagi.. semua dah settle.. Kami berdua pulang kerumah.. makan tengah hari dulu laa.. kesian kat mrs. ataicha tak makan pape pagi tu.. dalam kul 1 lebih, kami bertolak ke Hospital Selayang.. tak jauh sangat dari umah kami berdua...

Ramai gak yang nak bersalin kat Hospital Selayang, sekali lagi ataicha bersyukur sebab mrs. ataicha dapat katil.. mungkin sebab ada surat rujukan kut... kesian gak kat beberapa orang yang terpaksa balik...kerana wad dah penuh.. huhuhu..

lepas mrs. ataicha dah dapat wad.. ataicha dan mak mertua menunggu sampai waktu melawat habis..ingatkan mak mertua leh tunggu.. tak boleh la pulak.. nak tak nak terpaksa laa ataicha dan mak mertua balik ke rumah... ops lupa nak cerita.. semasa nak hantar mrs. ataicha nie, malang sket laa.. ntah cam ne ataicha terlanggar batu yang tajam hingga membuatkan tayar depan sebelah kiri bocor..nasib baik xde pape.. nak tak nak lepas hantar mrs. ataicha tu terus cari kedai tayar.. tukar tayar kete...

12.04.2011(selasa) ~ pagi2 lagi kul 5 pagi... ataicha dapat call dari mrs. ataicha yang dia dah mula sakit.. bergegas ataicha bangun... mak mertua kata tunggu subuh dulu.. solat baru gerak.. so dalam kul 6 pagi.. sampai ke hospital... nurse situ kata.. labor room penuh, kalau still penuh nak tak nak mrs.ataicha bersalin kat wad je.. gerun gak dengar kan.. alhamdulillah dalam kul 8 am ++ ada katil kosong kat labor room... so kat situ ataicha menemani mrs. ataicha... lama gak... dari kul 9 pagi doktor dah inform dah bukak 7cm... teringat kata mak dulu.. kalau dah bukak 7cm memang agak sakit dah tue.. iya la tengok riak muka mrs. ataicha, menahan kesakitan... kalau lah masa tu.. ataicha dapat ubah kesakitan tu kat ataicha.. ataicha sanggup.. huhuhu.. namun perkara tu tak mungkin berlaku kan...

so bila dah kul 11 am.. pintu rahim dah tak terbuka dah still 7cm jer.. jantung baby pun dah x berapa stabil.. kena la pilih untuk operate... masa tu ataicha terpaksa la keluar.. 12.30 tgh hari mrs. ataicha masuk ke bilik operation... so sepanjang petang tu ataicha duk menunggu di ruang menunggu bilik bersalin.. satu persatu katil keluar masuk melalui tempat ruang menunggu... sampai kul 5.. nasib baik guard situ cakap elok awak gi tanya kat wad apa cerita.... so bila tanya baru la tau wife dah lama dah kuar dari bilik operation tu dah ada dalam labor room.. ambik no 7.. masuk jumpa mrs.ataicha...

tau apa ayat pertama mrs.ataicha sebut masa ataicha tengok dia.. mana gambar baby?.. tadi x sempat nak tengok sangat.. sorry laa erk mrs. ataicha.. ataicha pun tak tahu apa cerita.. nurse kat situ kata your baby semangat sungguh.. 3.9 kg... ur baby dah dihantar ke wad.. huhu... laa.. yang ni je satu ataicha angin.. tak inform awal.. dah 4 jam lebih plak tu.. so bergegas ke wad.. cari baby.. sayu bila tengok baby.. maklumlah dialah cahaya mata yang pertama buat ataicha dan mrs.ataicha.. bersyukur sesangat kat Ilahi.. kerana dengan izinNya... lahirlah seorang anak yang cukup sifat... ataicha azankan baby... terus terang masa tu.. hanya Allah je yang tau betapa gembiranya hati dan perasaan ataicha...

Mrs ataicha masih di tahan di labor room sebab masa operate, dia banyak kehilangan darah.. ingatkan ataicha nak derma darah ataicha je.. namun baru teringat ataicha baru je menderma darah.. so doktor tak bagi ataicha menderma lagi.. huhuhu.. ingat kalau leh masuk darah.. malam tu dah leh masuk ke wad biasa.. mrs. ataicha demam plak.. yupp muka dan badan mrs. ataicha pucat sangat.. risau pun ada..



so.. ataicha cuma bawa balik uri... iya la nak kena tanam kan... 

13.04.2011 (rabu) ~ pagi2 lagi ataicha datang ke Hospital Selayang.. huhuhu.. maklumlah x sabar kan nak tengok baby dan emak dia.. hehehe.. tunggu jap... ops sebelum tu.. kul 5 pagi.. ataicha dah gerak ke Hentian Putra ambik mak & adik ataicha... diaorang baru sampai.. nak datang ngan kete.. driver plak demam.. huhuhu.. xpe laa.. so bila dah sampai  ni banyak keje2 yang patut ataicha buat ditolong oleh kedua2 mak dan mak mertua ataicha... huhuhu.. thanks..

dan pagi tu sebelum ke hospital pakcik owner umah yang ataicha sewa menyapa menanyakan tentang keadaan baby... so dia pun ada tanya pasal nak tanam uri.. ataicha kata la setakat ni tak plan lagi nak tanam mana2 lagi maybe kalau dah takde tempat tanam kat umah ipar kat subang la kut.. dia kata kalau nak tanam leh je tanam depan umah nie... okla settle la kan...

lepas dah jumpa baby & mrs, ataicha... otw balik dari Hospital tue.. singgah ke pasar borong jap.. cari ikan Haruan.. iya la semalam dah dengar mak mertua duk kata nak ikan Haruan... huhuhu.. terkejut bila dengar harga ikan Haruan nie.. RM20 sekilo... waduh2.. kalau kat kampung ataicha... RM5 pun susah nak jual.. memang mahal giler.. tapi disebabkan ia amat DIPERLUKAN... beli la jugak 3 ekor... seberat 1.3 kg.. kena la bayar RM27++ lupa plak berapa.. huhuhu...

sampai umah... ataicha tak tau nak cakap cam ne.. mak mertua dah siap basuh uri baby tue.. okla tu kan... pakcik owner umah tu plak... dah siap gali lubang.. cuma tunggu ataicha tanam je.. thanks2 jutaan tak terkira erk.. syukur semua dipermudahkan... huhuhu...

tgh hari plak... siap2.. nak gi Hospital... alhamdulillah lah.. dah leh kuar dari labor room.. so leh laa mak, mak mertua & adik2 tengok... so petang tu baru laa Mrs. ataicha leh dimasukkan darah...


14.04.2011 (khamis) ~ doktor kata.. tgk tgh hari ni cam ne.. kalau semua ok.. dah leh balik... iya la muka mrs. ataicha dah ok laa.. xde la pucat2.. pagi tu check baby cam ok laa... tapi... masa check tengah hari tu.. huhuhu.. baby detect kuning...so kena la baby duk bawah lampu.. kesian plak bila tengok baby...

ayah mertua dan adik bongsu mrs. ataicha dah sampai dari kg... thanks la erk eda dan aniff kerna bawa ayah mertua & adik ipar ataicha erk...

15.04.2011 (jumaat) ~ tengah hari bawa mak & mak mertua gi spital... mak ataicha dah kena balik pagi Sabtu.. x dapat nak tunggu... so kena la tengok mrs. ataicha dan cucu sulong dia tue...

hehehe... petang nya yg ikut mak ataicha & ayah mertua ataicha... dan petang tu bila dah sampai balik.. happy sekejap bila mrs. ataicha call kata leh balik.. baru je gerak sampai simpang depan.. mrs. ataicha call balik kata doktor sorang lagi x bagi.. huhuhu...


16.04.2011 (sabtu) ~ pagi2 ataicha gi hantar mak dan adik ataicha ke Hentian Putra.. diaorang balik hari nie... dalam kul 10.. lepas hantar mak & adik ataicha.. mrs. ataicha call cakap dah leh balik tengah hari tue..

alhamdulillah syukur.. malam tu terus ataicha minta tolong joe tolong belikan ubat kuning dari kedai tabib cina... malam tu semua dah relax2.. so ataicha bawa la adik ipar2 ataicha ke uptown danau kota... dan lepas tu jalan2 ke tengah KL... tengok road block..

so... rasanya habis la cerita camne dan apa yg happen masa bersalin tu kan??
anyway azam ataicha.. nak jadi seorang ayah yang bertanggungjawab... yang akan mendidik anak ataicha nie menjadi seorang yang berguna untuk bangsa. negara dan agama... amin...



No comments

Powered by Blogger.