Sunday, January 2, 2011

Salam 2011...

ops dah masuk 2011 dah... rasanya baru je melalui 2010... sekejap je rasanya...
rasa cam tak percaya je.. masih bermimpi ke nie..

walaupun masih lagi tak percaya bahawa dah masuk jendela 2011.... namun nak tak nak kena gak percaya... pertama sekali ataicha berasa amat bersyukur ke hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi berpeluang berdiri dan menyedut udara segar di tahun 2011.... masih lagi mampu makan makanan yang enak2 di negara yang aman dan makmur.. hidup di negara yang aman dan damai... syukur.. syukur... ke hadrat Ilahi...

juga bersyukur kerana diberi peluang menjadi seorang suami kepada seorang insan yang kini mengandungkan anaknya... insyaallah, jika tiada aral... ataicha bakal menjadi seorang bapa... ops cakap pasal nie... ataicha nak wish congrate menjadi seorang ayah buat sedara ataicha iaitu Encik Mustain.. kerana telah menjadi seorang ayah kepada Muhammad Mushrif Abbasy pada 1:46am 28/12/2010 hari tu..  semoga beliau menjadi seorang ayah yang baik dan bertanggungjawab.. amin... tak sabar jugak nak menimang cahaya mata nie... semoga semua berjalan lancar.. doa-doakan iya kawan-kawan... ipar ataicha pun akan menimang anak pada bulan Januari nie...

bercakap pasal tahun baru... sure dikaitkan dengan azam baru kan?.. apa azam ataicha erk.. kena cakap sini ker? hahha.. yang penting.. JADI LEBIH BAIK DARI TAHUN SEBELUM NYA... terlalu formal erk??

ntah la nak cakap cam tak best plak... tak cakap x best gak.. so...

nak cakap ke tak?
nak.. tak nak... huhuhuhu...
okla ataicha list kan je la erk...

1) Azam nak turunkan berat badan...... (ikut plan... habis keje gi gym... malam x mau makan nasi dah...)
2) Gi kerja awal.. tak mau dah lewat2... (kena set.. semua best di opis...)
3) Berjimat...... tak mau boros-boros dah... (beli apa yang patut jer.. )
4) Menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab.. amin.. (ni tak tau lagi.. tapi kena la setkan... )
5) Berdasarkan azam no.1, lepas ni kena jaga makan...... (sekarang pun jaga dah... sebab banyak benda dah x bleh makan.. huhuhuhu)
6 dan seterusnya  tgh pk lagi........ hahahahaha...

Actually azam ni boleh je di tetapkan bila2 pun tak semestinya awal tahun baru.. tapi biasanya orang set untuk tengok bila berakhir tahun tu.. dah tercapai ke idak... huhuhuhu..

Orang kata tanpa cita-cita dan keinginan, seseorang itu tak berjaya....
So tetapkan azam, cuba laksanakan.... jangan azam yang terlalu mustahil...mulakan dengan yang kecil dan realistik....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers