Header Ads

Header ADS

2 cerita mengenai Facebook

Dalam HarianMetro hari ini, 2 cerita mengenai facebook... semua menceritakan akan keburukan?.. kenapa erk leh jadi begini?

Satu mengenai nasib malang seorang guru Lim Beng Lee, yang akaun nya dicerobohi oleh orang lain yang mengakibatkan dia malu bila dituduh memberi komen2 yang agak teruk... ialah samapai ada statement mengaku meraba pelajar sendiri... so ini dah buat laporan polis... huhuhu..

cerita selanjutnya.. leh baca nie..

Guru diaib lapor polis

IPOH: Berang selepas akaun laman sosial Facebook miliknya diceroboh, seorang guru tampil membuat laporan polis serta aduan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam bagi membolehkan satu siasatan dibuat untuk mengesan penceroboh terbabit.

Lebih mengaibkan, penceroboh menggunakan akaun laman sosial guru berkenaan dan memaparkan komen di laman peribadi guru itu termasuk membuat pengakuan pernah meraba punggung pelajar lelaki dan perempuan selain fitnah lain yang mencemar maruahnya.


Isnin lalu, sebuah akhbar berbahasa Cina memaparkan komen yang terdapat pada Facebook guru berkenaan serta mendapatkan kenyataan guru berkenaan mengenai perkara itu.


Bagaimanapun, guru berkenaan, Lim Beng Lee, 42, yang mengajar di Sekolah Menengah Poi Lam (Suwa) menafikan perkara itu dengan mendakwa akaun Facebooknya diceroboh dan penceroboh turut memalukannya dengan memaparkan komen berunsur fitnah.


Menurutnya, dia kesal dengan laporan akhbar berbahasa Cina berkenaan kerana mendakwa dia mengakui terbabit dalam semua fitnah dipaparkan dalam laman peribadi itu hingga mencemarkan maruahnya termasuk pihak pentadbiran sekolahnya.


Katanya, pada mulanya dia marah dengan paparan berita itu kerana tersebar ke seluruh negara, namun akhbar berkenaan sudah memperbetulkan kesilapan itu Selasa lalu.


"Saya menyedari akaun Facebook diceroboh pada 28 November lalu selepas gagal memasukinya kerana penceroboh menukar kata laluan. Sebaik gagal, saya memasuki satu lagi akaun Facebook saya bagi melihat akaun yang diceroboh itu dan terkejut melihat komen fitnah dipaparkan.


"Saya mengakui tersilap kerana membiarkan akaun berkenaan tanpa mendaftar keluar terlebih dulu menyebabkan penceroboh memasukinya," katanya ketika ditemui di sini, semalam.


Sementara itu, Pengetua Suwa, Leon Ping Chow, 54, berkata, gara-gara fitnah membabitkan gurunya itu, imej sekolah berkenaan tercalar, malah ada sebahagian ibu bapa pelajar yang mahu menukarkan anak mereka ke sekolah lain kerana bimbang fitnah terbabit.


"Ketika ini, kami tetap menyokong Beng Lee bagi menghadapi fitnah yang tersebar itu dan mengembalikan keyakinannya," katanya.


Semalam, hampir 30 orang termasuk pelajar dan wakil Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) serta ibu bapa pelajar hadir pada majlis pertemuan khas bagi menjelaskan kekeliruan dan fitnah itu selain memberi sokongan kepada guru berkenaan.


Pengajaran kat sini, jangan lupa logout akaun Facebook, atau berkongsi dengan orang lain... dan satu lagi kalau boleh elakkan guna tarikh lahir, IC korang sebagai password.. cuba guna combination abjad dan number cth... h4774hen5em... hehehehe.. susahkan?.. tapi security dia agak tinggi gak tu..


Cerita yang kedua plak, Facebook merupakan satu punca utama penceraian... lawak kan? tapi tu realiti... bila suami isteri ada akaun facebook masing-masing takkan tak jelous bila ex-gf atau ex-bf bertanya kabar kan?.. ataupun si suami melayan awek-awek gedik di Facebook nie...


Facebook rosak rumah tangga

BANYAK MUDARAT...kajian menunjukkan, sesetengah pengguna laman sesawang sosial berbual mengenai seks dengan kenalan tidak sepatutnya.
(banyak pun berlaku.. "apa nak kisah.. dia bukan kenal kita pun.. kalau respon baik on.. " itu mentaliti kebanyakkan orang sekarang... )

LOS ANGELES: Jika dulu perceraian sering berlaku akibat kesan gincu di baju suami atau pesanan ringkas dalam telefon bimbit, kajian terbaru menunjukkan masalah itu kini disumbangkan oleh laman sesawang sosial seperti Facebook.


Berdasarkan kajian Akademi Peguam Perkahwinan Amerika itu, satu daripada lima perceraian di negara berkenaan membabitkan laman sesawang sosial.


Kira-kira 80 peratus peguam juga melaporkan jumlah ketara individu menggunakan media sosial sebagai bukti kecurangan pasangan masing-masing.

Antara bahan digunakan adalah mesej dan gambar menggoda di Facebook.


Kewujudan laman sesawang itu didapati membolehkan seseorang berhubung semula dengan bekas kekasih masing-masing selepas terpisah sekian lama.(iya la nak cari no tel awek2 lama susah kan.. dia pakai prepaid plak tu... hahaha.. search nama.. kuar.. tu kelebihan facebook sekarang nie)


Kajian itu menunjukkan, Facebook adalah penyumbang terbesar masalah rumah tangga dengan 66 peratus peguam mendakwa ia dikemukakan sebagai bukti tuntutan perceraian.


Penyumbang kedua terbesar adalah laman sesawang MySpace (15 peratus) dan diikuti Twitter (5 peratus).


Selebihnya adalah laman sesawang sosial lain.

Tahun lalu, sebuah firma guaman Britain mendakwa, 20 peratus petisyen perceraian di negara itu mengaitkan Facebook sebagai punca. (20% banyak tue.. kira agak berbahaya gak Facebook nie kan?? )


Pengarah Urusan Divorce-Online, Mark Keenan, berkata kebanyakan pengguna laman sesawang sosial menggunakan kemudahan itu untuk berbual mengenai seks dengan seseorang yang tidak sepatutnya.


Laman sesawang Friends Reunited yang dilancarkan untuk menghubungkan kenalan lama di zaman persekolahan pada 1999 turut memberi kesan terhadap rumah tangga ahlinya.


Baru-baru ini, bintang siri, Desperate Housewives, Eva Longoria, (awek cun ni cerai sebab Facebook?.. huhuhu.. nasib baik jauh..) mengambil keputusan berpisah daripada pasangannya, Tony Parker, selepas pemain bola keranjang itu didakwa sering berhubungan dengan wanita lain melalui Facebook. - Agensi


Terukkan, di Malaysia maybe tak menjadi isu... tapi rasanya dah pernah berlaku, cuma takkan nak cakap suami dia gila-gila awek di Facebook kan? sure kena gelak dengan kawan-kawan sendiri...


Facebook ini ada baik dan buruknya... kena pandai guna... kena fikir masak-masak bila nak post sebarang statement... tak semua yang kita ingin luahkan dapat kita share dengan kawan-kawan... bijak menggunakan Facebook, hidup ceria....


Fikir-fikirkan.. dan selamat beramal... hehehehe


No comments

Powered by Blogger.