Thursday, November 4, 2010

[Lawak] Alkisah Kambing...

http://i15.photobucket.com/albums/a371/emi_myst/blog2/kambing.jpg

Seorang gembala sedang menggembalakan biri-birinya.


Datang seorang pemuda lalu bertanya,
"Baguslah ternakan biri-biri engkau.
Boleh tak saya tanya beberapa soalan?"

"Oh, boleh saja" kata gembala itu.

Orang itu berkata,
"Berapa jauh biri-biri ni berjalan setiap hari?"

"Yang mana, yang putih atau yang hitam?"
tanya gembala.

"Yang putih."

"Ah, yang putih berjalan lebih kurang enam kilometer setiap hari."

"Dan yang hitam?"

"Yang hitam pun sama."

"Dan berapa banyak rumput mereka makan setiap hari?"

"Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

"Yang putih."

"Ah, yang putih makan lebih kurang empat kilo rumput setiap hari."

"Dan yang hitam?"

"Yang hitam pun sama."

"Dan berapa banyak bulu yang mereka hasilkan setiap tahun?"

"Yang mana, yang putih atau yang hitam?"

"Yang putih."

"Aaa... menurut perkiraan saya, yang putih menghasilkan sekitar enam
kilo bulu setiap tahun kalau mereka dicukur."

"Dan yang hitam?"

"Yang hitam pun sama."

Orang yang bertanya menjadi geram lalu bertanya,
"Kenapa engkau

membezakan biri-biri engkau yang putih dgn yg hitam setiap kali nak
jawab soalan saya, padahal jawapan semuanya sama saja"

Gembala itu menjawab,
"Mestilah saya beza-bezakan sebab biri-biri yang putih itu adalah milik
saya."

"Ooo, begitu," pahamlah si penanya tu,
"... kalau yang hitam tu pulak siapa punye?"

"Yang hitam pun sama," kata gembala itu.

.... sabar je laa... he... he... he..



p/s : kalau ataicha memang bengang tahap gaban dah ngan gembala tue.. huhuhu

3 comments:

  1. hahaha..
    senget!
    saje jer menguji kesabaran..!^^

    ReplyDelete
  2. best ,,,,,,,,, best ,,,,,,,,,, best

    ReplyDelete
  3. nak wat camne memang menguji kesabaran betul..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers