Diary of ataicha: haziq naufal

it all about me......

Recent

test
Showing posts with label haziq naufal. Show all posts
Showing posts with label haziq naufal. Show all posts

Friday, December 27, 2019

23.12.2019 | Days 3 di Kampungs..

Friday, December 27, 2019 3
23.12.2019 | Days 3 di Kampungs..
Isnin.. tidak banyak aktiviti sangat sebenarnya.. banyak melayan karenah anak buah.. adik hantar 3 orang anaknya ke rumah mak.. iya laa dah tahu aepupu dia balik kan.. pakat nak jumpa laa kan..

so sehari melayan karenah diaorang je.. petang keluar ke pekan Ketereh.. bawa Hadif ke klinik.. hmm sakit mata laa plak.. so ambik ubat je laaa.. 

ni baru berkumpul 7 orang cucu Che Rahim.. ikutkan kesemua 10 orang..tahun depan insyaallah tambah sorang lagi bakal adik kepada Nik Aryan.. 

so petangnya plak.. haziq naufal ajak gi sawah padi lagi.. hmm nak try mencuba mencari ikan.. 

kali ni bawa si kecil hadif zafran sekali..
ni laa hadif zafran.. sakit mata la plak.. bertabah laa.. semoga cepat sembuh laa ye
.. 
saya mampu tengok je aksi abang dan sepupu-sepupu saya ni...  part ke sawah padi ni Keisha Zara dan sepupu dia Aishah Sufiya tak join.. sebab takut pacat..


 bila kat kampung ni, yang bestnya senang nak jumpa binatang cam kambing biri-biri, lembu, burung dan lain-lain lagi.. sebab sepupu depan rumah masih memlihara binatang-binatang ini.. so boleh laa anak-anak tengok real life..


22.12.2019 - Day 2 di Kampung..

Friday, December 27, 2019 1
22.12.2019 - Day 2 di Kampung..
Ahad hari kedua di kampung, bangun awal.. lepas solat Subuh.. jalan ke luar rumah untuk mencari sarapan.. hmm apa ye nak dibeli.. duk fikir je memang tak kemana laa kan.. so ke pekan Ketereh.. singgah pasar.. hmm yang ada nasi berlauk dn kuih-kuih.. uiks.. terasa nak makan nasi kerabu plak.. isk lari diet..

so keluar dari pasar ketereh, start kereta gerak ke batu sebelas.. xde laa jauh sangat dari pasar tu.. iya la teringat ada satu kedai nasi kerabu yang selalu ramai orang.. tapi setakat ni tak pernah singgah.. sebab bangun-bangun dah ada sarapan siap kan.. So tak yah laa nak ngada keluar cari sarapan.. ok dah sampai ke Su Nasi Kerabu Tumis Batu Sebelas, Jalan Kuala Krai.. nasi dia tak biru.. warna putih je.. cuma rasa dia sedap laa.. hahaha.. ok lupa nak tanya harga.. bungkus sebungkus lauk kambing bakar, 2 bungkus lauk daging bakar, 2 bungkus ayam bakar.. harga dia dalam rm24 je.. so kalau kita bahagi sama rata.. harga dalam rm4 -rm5 je sebungkus.. ops ni ni nasi kerabu,ulam-ulam basic je.. tambah lauk.. benda-benda cam solok lada, telur masin tu tak ambik ye.. sorry laa nak share gambar takde plak ter snap.. hahaha..

kambing bakar dia banyak gak.. memang puas hati..

so bawa balik.. makan dulu..

tengah sarapan.. mak tanya boleh tak hantar adik aniff ke hospital kota bharu.. hmm ok je laa.. cuma tak tahu plak agak lama.. ingatkan sekejap je.. dari kul 10  pagi sampai kul 2.30 petang.. lama kan..


tapi nasib baik laa ada kawan lama masa kerja kat kedai azam photo dulu-dulu ada kat area bandar.. so lepak minum laa kat area opis dia kat sana..
nie laa orangnya sams.. aka fairuji.. yup dah makin matang.. dah ada bini dan anak kan.. tak de laa perangai giler-giler masa zaman remaja.. hahaha.. tq belanja dan teman aku lepak kat kedai makan hari tu.. ingatkan leh jumpa yang lain-lain.. tapi nak wat camne masing-masing bz dan kerja.. aku je yabg cuti.. so lepas lepak.. gi ambik adik dan balik rumah je laa.. jeling wife aku.. dia ingat sekejap je appointment so tak bak ikut.. ni sampai ke kul 3 petang baru sampai umah.. hahaha..

balik umah haziq naufal plak ajak ke sawah padi nak cari ikan.. hmm mana laa nak ada ikan.. orang baru menanam.. air tak masuk sawah.. layan kan je laa.. so bila tak dapat ikan.. bawa dia masuk ke batas sawah.. bagi dia rasa camne duk tengah bendang..
cantikkan pemandangan ni.. terasa tenang seketika.. agak sukar nak nampak pemandangan yang menenangkan ini di bandar besar.. hmm.. bukan tak de.. tapi kena keluar sket... 

nak cerita pengalaman masuk sawah padi.. tak banyak pun.. walaupun duk kat sini dari umur 12 tahun.. hanya umur 18 tahun je yang berani berkubang kat sawah padi ikut mesin padi kutip ikan yang pening.. sebelum tu.. hahaha.. nak kena rotan masuk laa.. so tengok je laa sepupu-sepupu yang main..
 ni kasi can laa naufal nak rasa camne duk tengah panas buat kerja..
ni dulu port mandi masa kecik-kecik.. dulu ada tali air kecik.. sekarang dah jadi longkang.. tali air ni memang banyak memori..
 ni sepupu naufal.. nik aryan.. panggil yayan.. umur 6 tahun.. tahun depan masuk darjah 1.. sebaya keisha zara.. sekarang duk ngan atuk dan nenek kat kampung.. makan terjaga.. hmm selera kelantan.. pagi kena nasi.. kuih kuih tak kenyang.. 6 tahun berat dh dekat 60kg.. huhuhu.. kena diet sket yayan..
yeah.. itu satu kepuasan bagi haziq naufal.. selepas berjaya ke tengah sawah padi.. lepas balik terus suruh mandi.. mana tak habis seluar berselut.. huhuhu..

cuma bersyukur ke hadrat Ilahi.. sepanjang berada di Kelantan, tidak hujan.. 







Thursday, November 28, 2019

Gambar Kenangan Haziq Naufal 2 Adil Sesi 2019

Thursday, November 28, 2019 2
Gambar Kenangan Haziq Naufal 2 Adil Sesi 2019


Tamat sudah sesi 2019... Selitkan disini gambar kelas Haziq Naufal sebagai kenang-kenangan.. zaman ataicha nak bergambar ni agak susah.. kalau ada pun entah dapat ke tidak ke anak murid.. 

iya laa zaman dulu pakai kodak.. mana tahu jadi ke tak.. senget ke.. tutup mata ke.. nak tau lepas kodak tu dicuci baru laa leh nampak apa jadi ngan gambar tu... 

sekarang lepas klik je... boleh tengok ok ke tak.. tak ok ambik lagi.. 

hmm selit kat sini.. mana tahu gambar ni ter hilang ke.. tau laa si haziq naufal besar nanti nak cari mana gambar dia tu.. hehehe... 

gambar masa ataicha sekolah rendah... hmm ada ke tak erk.. cam tak de kat tangan.. cuma ada laa kawan share gambar masa darjah 1-5... tapi entah mana dah.. kena cari balik... hahaha.. masa mula-mula tengok pun tak kenal diri sendiri.. hahahaha

Monday, April 22, 2019

Balik kampung Dong..

Monday, April 22, 2019 0
Balik kampung Dong..
hujung minggu kali ini, kita balik ke Kampung Sungai Jahit, Dong Raub. Kampung sebelah wife, rumah dimana adik beradik pak mertua dibesarkan.. yang mungkin menyimpan jutaan kenangan bagi mereka...

kali ini, ada mak sedara nak buat majlis tahlil kat kampung, so berkumpul laa sedara mara disitu.. walaupun tak ramai yang balik, tetapi agak meriah.. selain dari hari raya, majlis seperti ini sahaja dapat mengumpulkan sedara mara.. 

perjalanan dari KL lebih kurang 2 jam perjalanan.. jaraknya lebih kurang 100km lebih je.. takde laa jauh sangat kan.. cuma highway hanya sampai bentong sahaja, next lalu jalan biasa.. cuma kena redah 2 pusat bandar iaitu Bentong dan Raub (biasa skip lalu Sempalit.. so clear laa sket)

So sampailah sini jam 12 tengah hari, ataicha sampai buka penutup buffet  dan makan dulu.. karang x sempat plak.. apa yang special? Gulai aserom atau asamrong.. ntah laa nak eja cam mana yang betul kan.. gulai yang mungkin sukar nak jumpa kat mana-mana tempat.. ianya masakan tradisi orang pahang.. best ke? hahaha sukar nak explain.. cuma apa yang boleh kata.. semua pakat bungkus bawa balik KL... hahaha.. korang rasa? yang jenis memilih makan, mungkin tak ambik laa.. tapi kalau anak jati raub, lipis.. mesti tahu kut nama madakan ni...

so tengah hari bermula laaa majlis tahlil.. yang dihadiri oleh orang surau dan sedara yang berdekatan.. lepas habis.. bila berjumpa reramai.. macam-macam laa cerita keluar.. ingatkan dari keluarga pak mertua kami je yang decide nak balik.. sampai jugak teh sekeluarga dan ta anak beranak.. hehehe.. last minute nak datang.. asal nak balik hari.. hmm terjebak bermalam gak.. len kali kalau ikut program belah family ku meran ni.. bawa je laa baju lebih.. lari program.. dah lali dari masa tunang sampai sekarang.. walaupun set semalam je.. memang bawa untuk 3-4 hari.. senang.. 

petang tu ke sungai, nama tempat tak pasti.. cuma masuk ikut ulu dong, ada signbiard awas, masuk kanan.. masuk kawasan berpagar.. park.. jalan sket.. jumpa laa anak sungai.. agak terjaga.. air yg bersih, cetek.. so anak-anak nak mandi.. main air takde laa risau sangat.. oklaa.. yang anak-anak mandi dan bermain air.. yang tua-tua belajar cari siput sungai.. boleh laaa untuk sekali makan.. orang kata bolehlaa mengembangkan sel sel otak budak-budak.. 

so malam berbual, membawang dan pelbagai.. anak-anak semua tak duk diam.. walaupun ada yang baru je kenal.. dah rapat cam dah lama kenal.. tu yang best jadi budak-budak.. yg lelaki.. semua bawa mainan terlatest sekarang.. bay blade.. oklaa takde laa duk layan gadget je.. tak puas bayblade.. main kejar-kejar, main bola, huhuhu.. 

ops esoknya.. aktiviti santai.. ataicha terbangun awal so ikutlaa bapa mertua dengan pak sedara ke surau.. ingat lepas balik solat subuh boleh sambung tidur.. ada kuliah subuh sampai kul 7 pagi.. hahaha.. takde laa istilah tidur lepas subuh.. tunggu roti sampai kul 8 pagi tak siap-siap.. balik umah dulu.. yeah... perut dah kenyang makan roti canai dulu kat surau.. hehehe..hmm biasa laa bila dah ramai-ramai gini.. agak sukar laaa nak ucapkan good bye..  nak gerak dari jam 10 pagi.. kat kul 2 baru dapat beredar dari rumah pusaka ni.. 

jika ada majlis lagi, insyaallah akan sampai lagi kesini ye.. 







Monday, April 15, 2019

Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan 2018...

Monday, April 15, 2019 0
Anugerah Pelajar Terbaik Keseluruhan 2018...

Oklaa.. not bad Haziq Naufal... Last year banyak yang awak capai ye... Sekolah Kebangsaan.. No.2 dalam Kelas... No.2 seluruh Darjah 1... dan di SAR KAFAI.. awak dapat No.2 Terbaik...

Cuma SAR KAFAI baru semalam bagi anugerah... Tahun ni? Kekalkan momentum laa ye... Syukur ke hadrat Ilahi, dan sentiasa berdoa kepada Tuhan agar sentiasa diberi kefahaman dan dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat..

InsyaAllah.. ayah akan sentiasa support apa yang kamu nak kan.. asalkan ianya tidak bertentangan dengan SyariatNya..

Ayah sentiasa doakan agar kamu sentiasa diberi kefahaman, dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat, dan sentiasa dirahmati dan di bawah lindungan Ilahi...