Diary of ataicha: Keisha Zara

it all about me......

Recent

test
Showing posts with label Keisha Zara. Show all posts
Showing posts with label Keisha Zara. Show all posts

Wednesday, November 20, 2019

20.11.2019 - Hari Graduasi Pra Sekolah

Wednesday, November 20, 2019 2
20.11.2019 - Hari Graduasi Pra Sekolah

Ok.. dah setahun rupanya anak dara ayah sorang ini menimba ilmu di Pra Sekolah.. Okla, nampak lah peningkatan, dari kenal abjad dah boleh membaca, dah boleh mengira, menghafal doa-doa harian.. sebutan dan juga makna..

Bakat melukis, dari orang lidi dah boleh lukis ala-ala komik dah.. kreaviti pun agak berkembang.. habis kertas A4 ayah di coretkan lukisan dia dan macam-macam origami yang dilakukan..

Kemahiran menjaga barang sendiri, pensil dan pensil warna dia masih banyak dan bertambah bila ambik warna yang baru.. maknanya dia jaga barang agak elok..

keupayaan untuk memahami arahan juga agak bagus, macam pesan duit ini nanti bagi kat Cik Didi.. setakat ini, bila tanya Cik Didi, dia kata dah bagi.. so oklah.. 

so, kalau orang kata belajar Pra Sekolah tak bagus, rasanya silap kut.. bagus dan ok je pun.. cuma tak boleh lah 100% serahkan kepada cikgu mengajar je.. kita sebagai ibu bapa kena tanya dan minta dia ulangkaji kat rumah.. baru laa ok..

dia ni antara yang cepat boleh membaca (oklah, nak wat cam ne ibu dia garang, kat rumah suruh buka buku mari mebaca)..


Gambar kat atas ni gambar terima piala Graduasi.. dapat beg sekolah lagi.. hmm so dah 3 beg sekolah yang baru untuk tahun depan.. cuma yg pening 3-3 colour pink.. alahai.. ada yang tertukar nanti mana satu yg sekolah agama.. mana satu sekolah kebangsaan je nanti.. tapi tq laa ye.. jimat laa duit beli beg sekolah.. nak bagi abang pink.. memang tak nak laa si abang tu nanti..


Gambar kat atas itu plak, gambar terima anugerah Tunjang Sains dan Teknologi.. Camne dapat anugerah ni entah lah.. kemahiran tinggi tentang teknologi kut.. hahaha.. kalau setakat install game, uninstall game kat telefon tu dia power je.. taknyah explain cam ne nak main game yang baru install tu, pandai sendiri.. nak cari kartun kat you tube.. dah pandai.. kalau tu kayu ukuran memang patut laa.. hahaha gurau je.. jangan ambik serius.. mungkin dia power dalam subjek ni kat sekolah tu yang dapat anugerah ni..

Ok.. ni 25 orang yang Graduasi Pra Sekolah hari ini.. Semoga semua maju jaya di masa hadapan ye.. 

Monday, April 22, 2019

Balik kampung Dong..

Monday, April 22, 2019 0
Balik kampung Dong..
hujung minggu kali ini, kita balik ke Kampung Sungai Jahit, Dong Raub. Kampung sebelah wife, rumah dimana adik beradik pak mertua dibesarkan.. yang mungkin menyimpan jutaan kenangan bagi mereka...

kali ini, ada mak sedara nak buat majlis tahlil kat kampung, so berkumpul laa sedara mara disitu.. walaupun tak ramai yang balik, tetapi agak meriah.. selain dari hari raya, majlis seperti ini sahaja dapat mengumpulkan sedara mara.. 

perjalanan dari KL lebih kurang 2 jam perjalanan.. jaraknya lebih kurang 100km lebih je.. takde laa jauh sangat kan.. cuma highway hanya sampai bentong sahaja, next lalu jalan biasa.. cuma kena redah 2 pusat bandar iaitu Bentong dan Raub (biasa skip lalu Sempalit.. so clear laa sket)

So sampailah sini jam 12 tengah hari, ataicha sampai buka penutup buffet  dan makan dulu.. karang x sempat plak.. apa yang special? Gulai aserom atau asamrong.. ntah laa nak eja cam mana yang betul kan.. gulai yang mungkin sukar nak jumpa kat mana-mana tempat.. ianya masakan tradisi orang pahang.. best ke? hahaha sukar nak explain.. cuma apa yang boleh kata.. semua pakat bungkus bawa balik KL... hahaha.. korang rasa? yang jenis memilih makan, mungkin tak ambik laa.. tapi kalau anak jati raub, lipis.. mesti tahu kut nama madakan ni...

so tengah hari bermula laaa majlis tahlil.. yang dihadiri oleh orang surau dan sedara yang berdekatan.. lepas habis.. bila berjumpa reramai.. macam-macam laa cerita keluar.. ingatkan dari keluarga pak mertua kami je yang decide nak balik.. sampai jugak teh sekeluarga dan ta anak beranak.. hehehe.. last minute nak datang.. asal nak balik hari.. hmm terjebak bermalam gak.. len kali kalau ikut program belah family ku meran ni.. bawa je laa baju lebih.. lari program.. dah lali dari masa tunang sampai sekarang.. walaupun set semalam je.. memang bawa untuk 3-4 hari.. senang.. 

petang tu ke sungai, nama tempat tak pasti.. cuma masuk ikut ulu dong, ada signbiard awas, masuk kanan.. masuk kawasan berpagar.. park.. jalan sket.. jumpa laa anak sungai.. agak terjaga.. air yg bersih, cetek.. so anak-anak nak mandi.. main air takde laa risau sangat.. oklaa.. yang anak-anak mandi dan bermain air.. yang tua-tua belajar cari siput sungai.. boleh laaa untuk sekali makan.. orang kata bolehlaa mengembangkan sel sel otak budak-budak.. 

so malam berbual, membawang dan pelbagai.. anak-anak semua tak duk diam.. walaupun ada yang baru je kenal.. dah rapat cam dah lama kenal.. tu yang best jadi budak-budak.. yg lelaki.. semua bawa mainan terlatest sekarang.. bay blade.. oklaa takde laa duk layan gadget je.. tak puas bayblade.. main kejar-kejar, main bola, huhuhu.. 

ops esoknya.. aktiviti santai.. ataicha terbangun awal so ikutlaa bapa mertua dengan pak sedara ke surau.. ingat lepas balik solat subuh boleh sambung tidur.. ada kuliah subuh sampai kul 7 pagi.. hahaha.. takde laa istilah tidur lepas subuh.. tunggu roti sampai kul 8 pagi tak siap-siap.. balik umah dulu.. yeah... perut dah kenyang makan roti canai dulu kat surau.. hehehe..hmm biasa laa bila dah ramai-ramai gini.. agak sukar laaa nak ucapkan good bye..  nak gerak dari jam 10 pagi.. kat kul 2 baru dapat beredar dari rumah pusaka ni.. 

jika ada majlis lagi, insyaallah akan sampai lagi kesini ye.. 







Sunday, December 10, 2017

09.12.2017 | Jatuh motor...

Sunday, December 10, 2017 0
09.12.2017 | Jatuh motor...
09.12.2017
Tarikh ni mungkin akan jadi kenangan..
bukan sebab motor jatuh..
sayang akan motor..
bukan...

cuma sebab jatuh melibatkan anak-anak sekali..
keisha zara & haziq naufal

kalau aku je yg jatuh..
tidak nak ingat sebagai kenangan pun..
normal..

mungkin selepas ini
aku akan lebih berhati-hati lepas nie..

keisha zara & haziq naufal
ayah minta maaf...
maafkan ayah ye!

Sunday, June 18, 2017

Happy birthday Keisha Zara

Sunday, June 18, 2017 0
Happy birthday Keisha Zara

Hampir terlupa akan birthday Keisha Zara.. nasib baik ada reminder kat Google Photo yang remind pasal gambar 4 tahun lepas..

Selamat hari lahir Keisha Zara... semoga membesar menjadi anak yang solehah.. yang mendengar kata, berbakti kepada orang tua.. dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang berpanjangan dan dipermurahkan rezeki slalu...

4 tahun lepas.. huhuhu pejam celik pejam celik.. sekejap je masa berlalu...

Sekadar berkongsi gambar masa lahir.. 18 June 2013...

Wednesday, January 6, 2016

Ke Bukit Tinggi....

Wednesday, January 06, 2016 0
Ke Bukit Tinggi....
Perancangan last minute.. kebetulan bapa mertua dan mak mertua ada di KL. So sebelum hantar diaorang balik ke Jengka. Sebelah wife merancang untuk naik ke Bukit Tinggi dan selepas turun adik ipar yang duduk Subang akan hantar diaorang balik Jengka.

Oklaa, perjalanan KL ke Bukit Tinggi pun tidak la jauh mana kan.. cuma bila tengok waze, jem laa jugak kat Tol Gombak tu.. so kitaorang lari ikut Ulu Yam dan naik ke Genting Highlands.

Untuk masuk ke sini, kira nak naik ke Bukit Tinggi adalah RM13 untuk dewasa... Budak-budak rasanya kena caj. Tapi sebab kecik2 lagi kan.. FREE laa masuk untuk kanak-kanak.. RM13 ni kira boleh masuk skali ke Colmar Tropicale, Japanese Garden dan Botanical Garden. Kerana pergi pada cuti umum, terlalu ramai orang laa kat atas nie. Huuhuhu. So nak naik shuttle bus kena tunggu. So far, sini adalah tempat menarik gak untuk lari dari kesibukan kota. Cuma makanan dan alat-alat mainan di atas ini agak mahal.. huhuhuhu..


melepaskan penat setelah berjalan kaki dari parking nak ke Colmar Tropicale ni.. sebab shuttle bus penuh je...



yupp.. permandangan di atas ini memang lawa.. tak dinafikan.. 

gambar sket.. sebelum masuk ke colmar tropicale.. 
bapa mertua... candid laa sket.. tak berapa sihat tappi ikutkan je.. anak-anak yang bawa dia..

smile... 

ibu baru nak posing.. anak teruna dah ajak jalan... huhuhu

anak dara yang suka peace depan kamera... 


dah puas menangis nak mainan tapi tak dilayan... ajak tengok angsa kat kolam.. 



Seterusnya ke Animal Farm, asalnya nak ke Japanese Garden dan Botanical Garden dahulu.. tapi sebab tengah beratur shuttle yang ada nak ke Animal Farm dulu.. so ke Animal Farm laa dulu...

Kat sini, boleh mendekati rusa, arnab secara dekat.. rusa seolah tak hiraukan orang.. maybe dah biasa kut... Nak masuk ni kena bayar RM4 dewasa dan juga kanak-kanak.. Naufal dan Hana kena bayar... huhuhuhu...



Tengok tak lari.. buat bodoh je.. huhuhuhu..


Dari Animal Farm... naik balik ke  Colmar Tropicale sebab shuttle bus ni tak nak ke Japanese Garden terus... huhuhu.. so dari Colmar Tropicale, naik shuttle bus ke Japanese Garden... Botanical Garden tak singgah sebab dah penat sangat...

Mana tak penat.. nak kena mendaki.. huhuhu.. kalau bawa diri sendiri tak la penat sangat kut.. ni sebab kena dukung.. 








Masing-masing dah penat... so balik ke Colmar Tropicale dan ke parking ambik kereta lari ke Masjid Bukit Tinggi... Kejar nak solat Asar... Alang-alang Maghrib dah dekat.. stay sampai solat Maghrib.. Balik berpecah, adik ipar balik ke Jengka hantar Mak Mertua dan Bapa Mertua.. Kami balik ke Batu Caves... huhuhuhu