Header Ads

Header ADS

Pra-Tonton Semua Channel HyppTv secara percuma

Semalam baru perasan semua channel kat Hypptv telah dibuka... memula terasa pelik.. anak-anak tertekan buy semua channel ke? Masak nak bayar bil nanti.. aku pun tak pernah ambik tahu camne nak buy semua channel.. huhuhu.. rupa-rupanya TM telah membuka semua channel secara percuma dari 17 Jun 2017 hingga 2 Julai 2017...

Tapi.. macam biasa laaa.. tv dah di tawan oleh anak-anak nak layan doraemon, ninja hattori, upin ipin, boboi boy dan rancangan seangkatannya melalui you tube.. huhuhu.. so entah bila boleh tengok tv entah laa..

Maklumat lanjut adalah seperti dibawah.. Merujuk kepada page official HyppTV


SIARAN AKHBAR
Shah Alam
10 Jun 2017

HYPPTV TERUS MENGAMBIL BARAKAH RAMADAN DENGAN KEMPEN #TAMBAHLAGI #KEAJAIBANRAMADAN

HyppTV berkolaborasi bersamaYayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) dan Yayasan Bantuan Makanan bagi menganjurkan aktiviti berteraskan komuniti di Shah Alam

Dalam meraikan bulan Ramadan yang mulia ini, Telekom Malaysia Berhad (TM) menerusi perkhidmatan IPTVnya yang pernah memenangi anugerah, HyppTV, telah menyusun beberapa aktiviti berteraskan kemasyarakatan, termasuklah aktiviti bersama anak-anak yatim dan pelajar-pelajar Sekolah Tahfiz terpilih di Shah Alam. Aktiviti-aktiviti ini adalah selari dengan kempen HyppTV, #tambahlagi #KeajaibanRamadan yang melibatkan bukan sahaja menambah kandungan saluran dan program berkualiti tinggi pada platform perkhidmatan tersebut, tetapi turut menambah kebajikan buat komuniti sepanjang bulan Ramadan ini.

Kemuncak bagi kesemua aktiviti ini adalah majlis berbuka puasa yang diserikan dengan kehadiran Jeremy Kung, Naib Presiden Eksekutif, New Media, TM, Ustaz Mohd Aisha Jaafar, Timbalan Yang Dipertua Badan Kebajikan Islam TM (BAKIT) Pusat dan Ustaz Mohammad Rizal Sabran, Pengerusi Masjid Al-Ikhlas, Seksyen 13, Shah Alam, bersama-sama dengan Dato’ Zuraidah Mohd Said, Naib Presiden, TM Selangor dan Alfian Abu Talib, Ketua Pegawai Eksekutif, TM Info Media (TMIM). Barisan selebriti tempatan daripada Yayasan Artis 1 Malaysia (YA1M) seperti Datuk Irwan Shah Abdullah, yang lebih dikenali sebagai DJ Dave, President YA1M serta Datuk Nash, Dato’ A Rahman Hassan, dan Datuk A. Aida, Pengurus Saluran Salam HD yang juga merupakan Pengarah Urusan, A. Aida Production Sdn Bhd merupakan antara tetamu lain yang turut hadir ke majlis tersebut.

Pada majlis berbuka puasa tersebut, HyppTV memberikan sumbangan wang tunai kepada lima (5) buah masjid dan surau di sekitar kawasan berkenaan iaitu kepada Surau An-Nur, Surau Nuruddin, Surau Al-Munawwarah, Surau Worldwide dan Masjid Al-Ikhlas. HyppTV turut menyumbangkan pakaian baharu dan wang tunai kepada rumah anak-anak yatim, Pusat Jagaan Mahligai Kasih Zadut Taqwa dan institut tahfiz Madrasah Tahfiz al-Quran Hidayatul Muttaqin Lil Banaat di mana anak-anak dan pelajar-pelajar daripada kedua-dua institusi ini diraikan dalam majlis berbuka puasa itu. Kesemua sumbangan wang tunai dan pakaian ini telah dikumpulkan melalui satu inisiatif anjuran HyppTV sebelum ini, di mana kotak-kotak sumbangan telah diletakkan di Menara TM dan TMpoint Shah Alam bermula 29 Mei sehingga 7 Jun untuk membolehkan warga TM menyalurkan sumbangan mereka.

Kesemua sumbangan tersebut telah disampaikan oleh Jeremy Kung bersama-sama Ustaz Mohd Aisha dan Ustaz Mohammad Rizal.

Para tetamu turut berpeluang beramah mesra bersama para selebriti HyppTV seperti Putra Amaris, Niena Baharun, Zizan Nin, Aishah Hasnaa, Rashidah Jafar, Wanna Ali, Iswan Ismail, Nadia Brian,  Puteri Balqis, Faye Kushairi dan ramai lagi.

Mengulas mengenai acara tersebut, Jeremy berkata: “Sejajar dengan kempen HyppTV pada tahun ini, #tambahlagi #KeajaibanRamadan, kami komited untuk menyemarakkan lagi semangat memberi dalam kalangan Warga TM dan menyumbang kepada masyarakat setempat. Melalui acara seperti ini, jelas menunjukkan sokongan berterusan kami dalam membantu golongan yang kurang berkemampuan dari kalangan komuniti setempat. Kami berharap agar semua usaha kami akan membawa #KeajaibanRamadan dan #tambahlagi keceriaan dan keseronokan kepada mereka untuk menyambut perayaan Hari Raya Aidilfitri kelak.”

Bagi menzahirkan komitmennya dalam menghargai sumbangan artis-artis veteran tempatan, HyppTV telah berkolaborasi bersama YA1M untuk meraikan dan menghargai mereka dalam satu majlis berbuka puasa amal lain anjuran YA1M pada 8 Jun 2017 bertempat di Maestro Club House, Symphony Hills Cyberjaya di mana mereka telah menerima sumbangan duit raya dan cenderahati Raya sumbangan HyppTV. Khas buat komuniti di Shah Alam, HyppTV #tambahlagi juadah untuk berbuka puasa dengan satu sesi pemberian makanan di Bazaar Ramadan, Stadium Melawati Shah Alam pada 10 dan 11 Jun 2017, yang turut disertai oleh selebriti tempatan HyppTV seperti Fendi Dapur Bujang dan Leanna Dapur Dara. Aktiviti pemberian makanan ini adalan dengan kerjasama Rakan Komuniti HyppTV, YA1M dan Yayasan Bantuan Makanan. Selebriti tempatan dari YA1M seperti Datuk Irwan Shah Abdullah, Datuk Nash, Dato’ A Rahman Hassan, Meer Nash, Hazami, Maisarah Ukelele, Razai Ai dan Ismail Izzani telah mengambil bahagian dalam aktiviti berkenaan.

Untuk #tambahlagi kesedaran tentang mengurangkan pembaziran makanan, HyppTV telah berkolaborasi bersama Yayasan Bantuan Makanan Malaysia untuk melancarkan pesanan khidmat masyarakat yang telah disiarkan dari 26 Mei sehingga 2 Julai di HyppTV.

Selari dengan penawaran konvergens pelbagai hiburan tanpa batasan TM kepada para pelanggannya sempen bulan perayaan ini, pelanggan HyppTV berpeluang menonton pelbagai kandungan hiburan menarik daripada drama bersiri terbitan HyppTV, telemovie dan filem-filem blockbuster di HyppSensasi HD, HyppInspirasi HD dan Salam HD. Selain kandungan tempatan, pelanggan HyppTV turut akan disajikan dengan pelbagai hiburan dari saluran Asia bertaraf antarabangsa di HyppTV seperti tvN Movies HD, Sony Max, Pesona HD dan banyak lagi dalam tempoh tontonan percuma bermula 17 Jun sehingga 2 Julai 2017.

Untuk menambah lagi kemeriahan kempen ini, lima wajah selebriti daripada program HyppTV iaitu Sarah Hildebrand, dari HyppTV Studio; Putra Amaris dan Mona Allen dari drama bersiri Mr Stalker, Saya Cintakan Awaklah! di HyppSensasi HD; Leanna Dapur Dara di HyppInspirasi HD; dan Saharul Ridzwan dari drama bersiri Setia Menunggumu di Salam HD telah dipilih untuk menerajui kempen #tambahlagi #KeajaibanRamadan Raya Bersama HyppTV

Menambah lagi berita menarik, HyppTV turut menambah tiga (3) lagi saluran baharu bermula 1 Jun 2017. Tiga (3) saluran baharu tersebut, LAKU Mall HD (Saluran 123), Sony Channel HD (Saluran 614) dan Animax HD (Saluran 608) boleh ditonton oleh pelanggan HyppTV menerusi set top box (STB) dan juga pada aplikasi mudah alih HyppTV Everywhere. LAKU Mall HD merupakan sebahagian daripada saluran asas di HyppTV yang boleh dinikmati tanpa sebarang caj tambahan manakala Sony Channel HD dan Animax HD ditawarkan sebagai sebahagian daripada saluran premium HyppTV. Pelanggan HyppTV kini  boleh menikmati saluran Sony Channel HD dan Animax HD secara PERCUMA selama sebulan bermula 1 Jun 2017.

Untuk maklumat lanjut mengenai penawaran HyppTV, layari www.tm.com.my/hypptv atau lawati laman media sosial kami di www.facebook.com/hyppworld (Facebook), www.twitter.com/hypptv (Twitter), www.instagram.com/hyppworld (Instagram) dan www.youtube.com/tmyoutube  (Youtube).

1 comment:


  1. Bismillahir Rahmanir Rahim

    https://keep.line.me/s/j5IBRHRLmc34RAqM9dpJbjdBTB-erUbIabrAoDMQGSI

    Salam dan renungan

    Web: almawaddah.info

    Kepada;

    Para rektor universiti, para akademik dan para mufti yang dihormati.

    Tan Seri/Datuk Seri/Datin Seri/Datuk/Datin/tuan/puan

    Perkara: "Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah yang bertentangan dengan al-Qur'an dan ayat-ayat al-Qur'an yang bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah Wal-Jamaah" sebagai kajian dan renungan.

    Tidakkah al-Qur'an itu asas agama Islam yang diredai oleh Allah dan Rasul-Nya?

    Tidakkah Islam itu rahmatan lil Alamin?

    Terima kasih dan 'afwan.

    Daripada;

    Pencinta al-Qur'an sebagai asas agama Islam di Malaysia.







    ReplyDelete

Powered by Blogger.