Wednesday, January 6, 2016

Ke Tadika Baru..

Tahun ni... Anak yang sulong Haziq Naufal didaftarkan ke Tadika Hasanah Cawangan Taman Selayang...

So far.. Tengok reaksi anak macam agak happy.. Maybe jumpa ramai kawan baru yang sebaya kut.. Sebelum ni di nursery.. Rakan-rakan berlainan umur.. Yang sebaya pun tak ramai..
Cuma bayaran masuk.. Kalah nak masuk sekolah.. Huhuhu.. Patutlah dulu-dulu dengar kawan-kawan hantar anak ke tadika pening.. Tambah2 yang ada kembar.. Hahaha.. Bila kena kat diri sendiri baru tahu..

Yup.. Memang mahal sedikit dari hantar ke kemas.. Namun kena fikir gak akan masa hadapan anak-anak nanti.. Hopefully.. Di umur 5 tahun ini.. Atau berakhirnya 2016 ini.. Haziq Naufal dapat membaca dengan lancar, pertuturan lancar, hilang pelatnya huhuhu.. Boleh mengaji.. Nombor so far dia dah pandai.. Boleh laa nak mengira-gira.. Maybe sebab selalu ke kedai kut.. Huhuhu..


Membaca belum lagi.. Cuma huruf ABC tu dah kenal.. Mengeja je belum.. Walaupun 2 hari ke sekolah.. Tengok dia pun ada banyak berubah.. Banyak bermain dengan lego.. Askar kecil.. Berimiginasi bermain askar2 berperang.. So far hilang la sket nak pegang tab.. Pegang tab tu masih lagi.. Tp ada laa minat nak buat perkara-perkara lain.. So far satu perkembangan yang bagus kut.. Tido pun dah awal.. Kul 11 dah tido.. Kalau tak kul 12, kul 1 baru tido..

Hahaha.. Nak cerita lagi takut panjang la pulak... Anyway.. Harap minat dan mood haziq naufal nak ke sekolah semakin mekar.. Teringat masa kecik2 dulu umur 5 tahun ni.. Abah dah hantar ke tadika kemas.. Mula2 tak suka.. Lama2 suka sebab ramai kawan.. Mana taknya.. Dulu duk atas Bukit Residen Kuala Lipis.. Umah ada 12 biji umah je atas tu.. Kawan-kawan tak sampai 10 orang pun.. Sebaya? Langsung takde.. Huhuhu.. So tadika adalah tempat yang best.. Hahaha.. Siap nangis nak gi sekolah sebab kt sekolah ada kawan.. Kat umah adik-adik laa kawan-kawan..

Okla nak tido dah.. Esok kena bangun awal siapkan diaorang.. Nak kena hantar Haziq Naufal ke taska.. Then nak bawa si adik Keisha Zara ke gerai kuih.. Nak kena pujuk, kalau tak, tak nak masuk nursery..

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers