Header Ads

Header ADS

Ke Bukit Tinggi....

Perancangan last minute.. kebetulan bapa mertua dan mak mertua ada di KL. So sebelum hantar diaorang balik ke Jengka. Sebelah wife merancang untuk naik ke Bukit Tinggi dan selepas turun adik ipar yang duduk Subang akan hantar diaorang balik Jengka.

Oklaa, perjalanan KL ke Bukit Tinggi pun tidak la jauh mana kan.. cuma bila tengok waze, jem laa jugak kat Tol Gombak tu.. so kitaorang lari ikut Ulu Yam dan naik ke Genting Highlands.

Untuk masuk ke sini, kira nak naik ke Bukit Tinggi adalah RM13 untuk dewasa... Budak-budak rasanya kena caj. Tapi sebab kecik2 lagi kan.. FREE laa masuk untuk kanak-kanak.. RM13 ni kira boleh masuk skali ke Colmar Tropicale, Japanese Garden dan Botanical Garden. Kerana pergi pada cuti umum, terlalu ramai orang laa kat atas nie. Huuhuhu. So nak naik shuttle bus kena tunggu. So far, sini adalah tempat menarik gak untuk lari dari kesibukan kota. Cuma makanan dan alat-alat mainan di atas ini agak mahal.. huhuhuhu..


melepaskan penat setelah berjalan kaki dari parking nak ke Colmar Tropicale ni.. sebab shuttle bus penuh je...



yupp.. permandangan di atas ini memang lawa.. tak dinafikan.. 

gambar sket.. sebelum masuk ke colmar tropicale.. 
bapa mertua... candid laa sket.. tak berapa sihat tappi ikutkan je.. anak-anak yang bawa dia..

smile... 

ibu baru nak posing.. anak teruna dah ajak jalan... huhuhu

anak dara yang suka peace depan kamera... 


dah puas menangis nak mainan tapi tak dilayan... ajak tengok angsa kat kolam.. 



Seterusnya ke Animal Farm, asalnya nak ke Japanese Garden dan Botanical Garden dahulu.. tapi sebab tengah beratur shuttle yang ada nak ke Animal Farm dulu.. so ke Animal Farm laa dulu...

Kat sini, boleh mendekati rusa, arnab secara dekat.. rusa seolah tak hiraukan orang.. maybe dah biasa kut... Nak masuk ni kena bayar RM4 dewasa dan juga kanak-kanak.. Naufal dan Hana kena bayar... huhuhuhu...



Tengok tak lari.. buat bodoh je.. huhuhuhu..


Dari Animal Farm... naik balik ke  Colmar Tropicale sebab shuttle bus ni tak nak ke Japanese Garden terus... huhuhu.. so dari Colmar Tropicale, naik shuttle bus ke Japanese Garden... Botanical Garden tak singgah sebab dah penat sangat...

Mana tak penat.. nak kena mendaki.. huhuhu.. kalau bawa diri sendiri tak la penat sangat kut.. ni sebab kena dukung.. 








Masing-masing dah penat... so balik ke Colmar Tropicale dan ke parking ambik kereta lari ke Masjid Bukit Tinggi... Kejar nak solat Asar... Alang-alang Maghrib dah dekat.. stay sampai solat Maghrib.. Balik berpecah, adik ipar balik ke Jengka hantar Mak Mertua dan Bapa Mertua.. Kami balik ke Batu Caves... huhuhuhu




No comments

Powered by Blogger.