Header Ads

Header ADS

Majlis Sambutan Aidilfitri 2015 Peringkat Laksamanapuri Condominium

15.08.2015... Tahun ini surau Al-Ikhlas Laksamanapuri Condominium dengan JKP Zon 13 MPS bersama-sama menganjurkan Hari Sambutan Aidilfitri 2015 Peringkat Laksamanapuri Condominium... Ianya berbeza dengan kembali ke tradisi lama.. merewang atau bergotong royong menyediakan juadah utama..
Alhamdulillah bermula jam 8 pagi.. kerja secara bergotong royong bermula.. ramai kaum bapa turun bersama-sama bergotong royong berkerja diruangan dapur... menyiang dan membersihkan ayam, memotong bawang, mengoreng ayam dan memasak nasi beriani.. rupanya banyak juga kaum lelaki Laksamanapuri ni boleh digelar chef..
Alhamdulillah kerja-kerja berjalan lancar. Dan majlis bermula jam 5 petang. Majlis dimeriahkan dengan iringan lagu raya. Juga diselangi dengan cabutan bertuah kepada tetamu yang hadir.
Semoga majlis seperti ini, akan diadakan selalu. Kerana secara tidak langsung dapat mengeratkan persaudaraan di kalangan penduduk.

No comments

Powered by Blogger.