Wednesday, December 10, 2014

Sukar untuk di fahami...

Salam takziah...

Al-fatihah... buat arwah Mak De Sertik, ibu saudara kepada wife yang baru meninggal pada petang Isnin lepas.Semoga roh beliau dicucuri rahmat Nya dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Tak Matang

Firstly, memang agak pening kepala bila nak menangani remaja-remaja yang belum matang ni, silap tegur melenting... nak slow talk plak... kena ikut angin dia... Tak ikut angin.. melawan... aduyai... pastu kata tak sayang... pilih kasih..

Malas dah nak ambik port.. tetapi bila dengar ni berdesing je telinga... kalau jenis pemarah macam zaman muda dulu dan yang bersalah ada plak depan mata.. dah kena pelempang rasanya.. tapi nasib baik sekarang ni jenis yang sabar... tapi kekadang terlepas gak..

Hahaha.. susah gak sebenarnya nak didik remaja sekarang.. tambah-tambah yang membesar tanpa kesusahan.. dibesarkan dengan kemewahan.. maksud mewah ni.. bukan kaya raya erk...Sekarang ni, kecik-kecik umur 2-3 tahun dah ada handset... ada ipad.. bukan macam kita dulu2...ipad pun tak wujud.. handset pun sebesar botol air... game? kalau zaman nokia 3310 tu game ular bodoh tu la mainan yg famous.. tak macam sekarang.. pelbagai game boleh didapati playstore...appstore.. kalau masih guna handset murah sekarang.. budak2 tak pandang.. huhuhu.. lantaklaaa x pandang.. kalau pakai smartphone kalau kredit memanjang takde.. tak guna jugak.. tp remaja sekarang semua nak up.. ada berita.. betul ke salah je.. lantak laaa.. paling penting aku pos dulu..

Sekarang mana ada istilah rotan anak, kalau rotan lebih sket dah anggap dera... makin naik lemak laa remaja sekarang... Cikgu pun tak leh buat apa.. just tengok.. dicubit sedikit, datang ibu bapa mengamuk... so cam mana nak didik remaja -remaja sekrang ni.. dulu kecik2 silap sket kena rotan.. berjalur-jalur kat peha ni.. dan rasa hormat kat ayah ngan ibu ada..

Ni tak.. bila ayah dan mak tak tunaikan impian kita.. tarik muka.. merajuk tak mahu kuar bilik.. nak lari rumah.. kata pilih kasih la apa laa..

Cuba korang renung-renung apa yang korang pernah buat yang boleh buat ibu bapa senyum.. bukan pening kepala.. kalau ada.. rasa orang nak tunaikan impian awak ada je.. takleh sekarang akan datang..

Kalau impian awak sekadar ciuman dan pelukan.. sekarang diaorang leh bagi.. ni nak smartphones latest.. dah bagi.. kena bagi topup plak.. nak kereta.. pastu nak kena bagi duit minyak.. duit repair.. tu bukan senangkan mak bapak.. susahkan mak bapak ada laa..

Korang tak pernah nak duk jauh dengan mak bapak.. semua senang.. baju mak basuh.. makan mak masak.. pernah ke duk hostel.. baju basuh sendiri.. makan masakan hostel.. yang hanya beberapa kali je menu yg sedap.. kalau duk ngan family.. korang leh demand nak makan tu ini.. duk hostel.. pasrah je laa oooiii.. nak demands lapar perut...

Sekarang ni tak puas hati.. kalau boleh nak satu dunia tahu.. korang paham tak maruah.. kalau pos tu pasal korang lapar.. korang demam.. lantak laa.. masalah keluarga.. share.. pastu kawan2 duk like.. tepuk tangan je.. memang berhasil sungguh yahudi cipta facebook.. semua nak post kat wall.. sampai terfikir sekejap.. patutkah aku terus ada akaun facebook.. or aku hanya ada kawan2 yang dah matang.. buang orang2 yang bawah umur... yg suka update status yg kurang matang? Or terus tak aktif facebook.. penat gak nak baca status2 yang tak matang ni..

Semua ini sebenarnya boleh settle... duduk diam2.. fikir balik apa yang berlaku.. tenangkan otak.. syaitan ni sentiasa berbisik agar kita bebuat jahat..

Hahaha.. ntah laa.. sekadar luahan perasaan.. kalau disimpan.. datang balik migrain.. dah lepaskan kat sini.. boleh laa ruang-ruang kosong kat kepala di isi oleh benda-benda lain..




No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers