Tuesday, September 16, 2014

Legoland - Family Day

07.09.2014 (Ahad).. dah dapat tiket free masuk Legoland.. apa lagi terus ke sana laa.. alang-alang dah sampai sana kan.. nak gi lain kali.. entah bila la plak kan.. Alang-alang dah sampai... gi je laa.. 

Sampai di Legoland agak lewat gak.. dalam kul 11 pagi... cuaca pun dah mula panas.. Tempat parking kereta boleh tahan gak jauhnya... kalau tertinggal barang kat kereta memang penat jugak nak menapak...

Dan perkara itu memang berlaku pun, ataicha terpaksa berpatah balik ke kereta mengambil barang tertinggal..
Perkara pertama,, ambik gambar kenangan di pintu masuk Legoland.. Takut balik nanti lupa plak.. Just sebagai kenangan anak-anak.. Dari Pintu Masuk.. Kami bermula dari The Beginning.. kat sini tak lama sangat, ada kedai mainan semua berteraskan Lego... uiks.. kalau Haziq Naufal nampak pening nak memujuk nanti.. dah laa baru masuk kan?... Dari The Beginning... bergerak ke Mini Land...

Di Mini Land nie, boleh melihat pelbagai design bangunan-bangunan yang famous di Malaysia dan Singapura di bina menggunakan Lego...

Menarik kan? Awal-awal ni semua masih aktif, Keisha Zara pun tak nak didukung nak berjalan sendiri...  Apa yang ada erk? KLCC, Menara KL... tapi tak lama sangat kat area sini... sebab cuaca agak panas...

Dari mini Land.. bergerak ke Lego City.. sini cuma menaiki tren pusing sekeliling Legoland... iya laa cuba memenuhi permintaan Naufal nak naik keretapi... Lepas dah selesai pusing menaiki keretapi...

Disebabkan cuaca panas.. dan perut pun dah lapar.. Masuk laa Market Restaurant... boleh tahan gak harga makanan dalam ni.. nasib baik ada kupon bernilai RM60.. so tak yah kuar duit pun... Cuma tak best lepas dah habis makan nasi ayam tanpa sos kicap dan sos cili.. baru perasan sos tersebut ada dekat-dekat area cashier... patutlaaa tak sedap... makan nasi ayam, ayam dan sup je...

Ni anak sulong ataicha, boleh tahan gak.. nak bergambar dengan pelbagai model lego yang dijumpai.. Sorry laa erk..  Ni semua di kawasan Lego City.. disebabkan Naufal tinggi tak banyak permainan yang lepas... 
Ok.. Ni satu-satu game yang ataicha main kat Lego City nie Lego (R) City Airport... kebetulan plak time sampai takde orang .. so dapat la 2x turn... Lepas ni.. Naufal gi cari ibunya dan ajak main lagi 2x...  

Selepas itu bergerak ke Land of Adventure... time ni dah ramai orang.. so kena beratur panjang.. ingat nak naik gak Lost of Kingdom.. tapi tengok ramai je.. main Beetle Bounce je laa... 

Lepas dah siap main... bergerak cari surau... so surau terletak di area Imigination... so oklaa cuma darah ataicha berderau sekejap bila tengah sibuk kemaskan stroller yang jatuh... Haziq Naufal hilang dari pandangan.. ibunya plak dah masuk ke Baby Care dengan Keisha Zara.. alahai... dekat 15 minit baru jumpa.. tengah seronok bermain di bawah khemah Imigination... huhuhu.. lepas dah solat.. 

Ibunya sempat lagi mencelah masuk Lego Studio...  layan 4D.. meninggalkan Haziq Naufal dan Keisha Zara di dalam jagaan ataicha.. huhuhuhu.. bagi chance ibunya rasa pengalaman 4D... 

So dari situ... gerak terus ke Legoland Waterpark.. Lego Kingdom lupakan terus.. memang tak cukup nak explore Legoland memang tak cukup...

So kat Legoland Waterpark.. ataicha cuma maindi ngan Haziq Naufal je... sebab Keisha Zara dah tidur kepenatan... 

Dah selesai... terus balik ke Pulai Spring untuk berehat... Plan nak bungkus je makanan sepanjang perjalanan pulang ke Pulai Spring Resort.. tak jumpa plak kedai makan.. huhuhuhu..

So kul 10 malam keluar mencari makanan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers