Thursday, March 13, 2014

MH370

Dah lebih 118 jam atau nak masuk hari ke 5... kapal terbang MAS MH370 hilang tanpa sebarang kesan... dan tanpa diduga salah seorang penumpang yang dilaporkan hilang tersebut adalah kenalan ataicha masa study di MMU dahulu iaitu Sofuan Ibrahim.

Memula dengar berita tersebut, ataicha cuba recall yang mana satu. Daripada nama agak sukar untuk mengingati tentang beliau. Tapi bila dah tatap gambar, baru dapat recognize. Semoga ada berita gembira walaupun agak sukar dipercayai.

Dari sehari ke sehari, ataicha cuba mengikuti perkembangan berita-berita mengenai perkembangan hal ini. Dah macam-macam spekulasi yang timbul.

Yup, ataicha akui, jika kapal tersebut jatuh ke dalam laut. Memang sukar untuk diketemui. Mana lah mampu pesawat, jet yang ditugaskan mencari dapat melihat kapal terbang yang dah tenggelam. Ini tambah-tambah bila dengar menteri arah nelayan mencari.

Bila dengar ada usaha menggunakan bomoh untuk menilik, terasa dah makin mengarut. Tambah-tambah bila video cara bomoh tersebut lakukan upacara tersebut berkeliaran di medan sosial. Rasa ianya akan menjadi satu lawak kurang bijak dikala orang masih bersedih.

Dalam kesibukan dan kesedihan ini, masih ada orang mempermainkan perasaan orang lain tambah-tambah keluarga mangsa. Ada juga menjadikan ianya satu kesalahan. Kalau laa ada orang-orang macam ni didepan mata, ada yang cium penampar.

Persoalan-persoalan yang bermain di kepala mengenai MH370 semakin kusut dengan jawapan dari pihak yang bertanggungjawab. Bila jawapan diberikan oleh pihak-pihak tertentu bukan menjawab persoalan tapi menambah banyak lagi persoalan yang perlu dijawab.

Semoga keluarga mangsa tabah menghadapi sebarang kemungkinan. Cuma doa dari ataicha agar ada berita gembira mengenai MH370.

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers