Header Ads

Header ADS

Terima seadanya...

Bila terbaca luahan seseorang pagi ni, terasa nak je bagi nasihat... tapi bila fikir pula takut si dia tidak sedia menerima teguran dan terasa.. Terpaksalaa pendamkan saja niat tersebut..

Susah juga bila nak menjaga hati orang lain kan.. Mulut ni kadang-kadang ingin juga menegur, namun entahlah, mungkin si dia belum lagi matang dalam kehidupan.. so abaikan..

Hahaha.. bila bercakap pasal kehidupan.. tertiba terkenang cara hidup ataicha yang dulu-dulu..

Dibesarkan dalam keluarga yang sederhana, sejak kecil lagi diajar berdikari, sejak tingkatan satu dah di masukan ke sekolah yang berasrama yang mana jauh dari keluarga.. serba serbi kena hidup berdikari.. basuh baju sendiri.. baju koyak kena jahit sendiri..

Makanan pula tidak boleh memilih, apa yang ada semuanya dimasukkan ke dalam perut.. Sedap ke, tak sedap ke, kena makan.. Kalau tak perut lapar..  Bila semua dimasak secara kawah.. susah nak dapat masakan yang sedap.. Menu plak bukan boleh kata.. saya nak ayam.. Bila ada makanan yang dibawa dari kampung dikongsi bersama ahli se'dorm'. Sikit pun sikit, asal semua merasa. Itu yang sekarang, tak memilih makanan, apa yang disediakan, makan je.. Kadang-kadang bila jumpa sesetengah orang yang ada taste sendiri, suka makan ayam je.. suka makanan seafood je.. Rasa mereka ni tak dikurniakan nikmat makan.. Selera mereka hanya certain perkara je.. Huhuhuhu..

Bersyukur... itu adalah satu kunci hidup yang perlu dididik... Setiap apa yang diberi / diterima hendaklah kita bersyukur.. Kerana semua itu adalah kurnia Ilahi kepada kita.. Dan kebiasaan orang yang bersyukur diganda nikmatnya... Kemewahan kadang-kala bukan nikmat tapi ujian dari Nya...

Ujian kesenangan kadang-kala lebih sukar dari Ujian Kesusahan.. Kesenangan kadang-kala akan melekakan kita.. Bila kita diberi kesenangan, adakah kita akan berkongsi dengan orang lain? Fikir-fikirkan..

Oklaa.. dah lari topik sebenarnya... ataicha beransur dahulu sebelum melalut panjang...

No comments

Powered by Blogger.