Header Ads

Header ADS

metro | Ramai belia muflis..

Ramai belia muflis



Petaling Jaya: Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) melahirkan kebimbangan apabila semakin ramai belia muflis kerana menanggung beban hutang serius seperti kad kredit, pinjaman membeli kereta dan pinjaman peribadi.

Presidennya Datuk Dr Marimuthu Nadeson berkata, perangkaan Jabatan Insolvensi Malaysia antara 2005 hingga 2012 menunjukkan 243,823 orang diisytiharkan muflis dengan 57 peratus daripadanya berusia bawah 45 tahun. Sebanyak 50 peratus daripada mereka ialah pemegang kad kredit berusia bahawa 30 tahun.

“Purata setiap hari 14 orang diisytihar muflis kerana hutang berkenaan berikutan sikap suka berbelanja lebih daripada pendapatan, terutama membabitkan belia.

“Lebih menyedihkan, 15 peratus daripada mereka tiada tabungan, bahkan 37 peratus lagi tidak pernah memikirkan persediaan untuk persaraan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran kempen ‘Jadilah Pengguna Kewangan Bijak’ (MoneySmart 123) sempena Bulan Celik Kewangan anjuran Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) di Kampung Tunku, di sini, semalam. Dr Marimuthu menyambut baik usaha PIDM melancarkan kempen itu bagi membantu pengguna membuat keputusan kewangan dengan lebih bijak.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PIDM Jean Pierre Sabourin berkata, kempen berkenaan bertujuan mendidik orang ramai supaya tidak mudah tertipu dengan skim cepat kaya dan pelbagai bentuk penipuan lain. Katanya, PIDM menjalin kerjasama dengan Kementerian Pendidikan sejak 2010 bagi meningkatkan kesedaran dan cerdik kewangan dalam kalangan pelajar, guru dan ibu bapa.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/10/20

No comments

Powered by Blogger.