Thursday, September 19, 2013

Tazkirah - Apa Khabar Iman

Tazkirah
13Zulqaedah 1434@19/9/2013

Apa Khabar Iman

Iman manusia biasa ada naik dan turunnya. Iman malaikat tidak naik dan turun manakala iman nabi-nabi sentiasa naik tidak sesekali turun. Jadi bagaimana caranya kita sebagai manusia biasa ini sentiasa dalam keadaan berasa beriman?

Seperti yang saya tonton dalam Astro Awani ketika itu menyiarkan rancangan ilmiah menampilkan seorang ulamak terkenal Indonesia iaitu Kiai Aa Gym telah diajukan soalan oleh penonton di studio  ”Ustaz kenapa ya apabila di masjid iman kita terasa naik dan berkobar-kobar tetapi apabila keluar sahaja dari masjid ia semakin menurun beransur-ansur hilang?”

Kiai Aa Gym menjawab “Cuba kamu lihat telefon bimbit jika baterinya lemah apa perlu dibuat? Ya.. jawapannya harus dicaj. Jadi begitulah diri kita sentiasa dicaj agar iman sentiasa dalam keadaan ‘full’ .

Oleh itu sama jugalah kita dalam kehidupan harian jika kita berasa tidak bermotivasi sentiasalah membaca, melihat, dan mengingati perkara2 yang boleh menaikkan motivasi kita. Seperti sesetengah orang yang meletakkan gambar2 atau kata2 perangsang di bilik tidur. Jadi jika soal iman ini pula apa salahnya kita letakkan ayat2 atau hadis2 nabi untuk kita memperingati diri kita yang sentiasa lalai.

Selain itu mungkin ringtone handset kita juga boleh diubah kepada ayat-ayat Al-Quran atau lagu nasyid yang mengagungkan Allah tetapi awas pastikan ketika di tandas harus di ‘silent’kan handset dan ketika ingin mengangkat handset kita itu biarlah dihabiskan kalimah yang berkumandang supaya sempurna sebutannya agar ia tidak lari maknanya.

Amalan yang lain pula selalu-selalulah bersembahyang berjemaah kerana kaum lelaki dituntut bersembahyang berjemaah di masjid kerana di masjidlah kita dapat mengekalkan istiqamah untuk beribadat kepada Allah. 

Disitulah juga kita mengenal orang-orang yang alim dan ustaz yang kita dapat bertanya mengenai agama.

Selain itu  amalkan zikrullah. Sesungguhnya zikrullah itu akan menjadi benteng kepada tentera-tentera syaitan laknatullah daripada menghasut kita.
Manisnya iman itu akan terasa apabila hati kita sentiasa khusyuk dan seronok beribadah kepada-Nya.

Wassalam

Credit to : whatapp from zul imran a.k.a papaju

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers