Header Ads

Header ADS

Keisha Zara....


Alhamdulillah... tanggal 18 June 2013, tepat jam 6.39 pagi.. lahirlah seorang bayi perempuan yang menyambung zuriat kami sekeluarga..

Kali ini, lahirlah bayi perempuan ini yang telah menjadikan ataicha mempunyai sepasang anak..Yang sulung lelaki iaitu Haziq Naufal pula kini sudah menjadi seorang abang...


Biasalah diawal pertemuan abang dan adik baru, timbul sedikit rasa cemburu.. merajuk tak mau bercakap dengan ibu.. Namun itu hanya seketika sahaja... Bila dipujuk dan diterangkan.. Cuba bahasa diri Naufal dengan perkataan abang.. harap ianya kekal..



Apa nama bayi tu pula?.. Sesuai dengan bayi, Keisha Zara menjadi pilihan ibunya... maksudnya? tu pasti menjadi satu persoalan kan... Keisha bermaksud hidup dalam keadaan yang baik dan Zara pula bermaksud puteri... Keisha Zara, ayah anda ini mengharap agar anda menjadi seorang puteri di hati kami yang sentiasa hidup dalam keadaan yang baik dan menjadi orang yang berguna di masa hadapan.. amin....

No comments

Powered by Blogger.