Friday, March 29, 2013

Kisah : Pilih Kasih?


Pilih kasih...

bila teringat perkataan ini.. mengingatkan ataicha kisah yang berlaku last week.. ini bila pagi tadi singgah di gerai nasi lemak, kakak gerai tu keluarkan balik kisah ni...

tergelak laa jugak pagi tadi bila teringat balik hal ini...

kisahnya gini...last week sebelum ke office, ataicha singgah gerai nasi lemak.. time tu gerai kosong laa tiada pelanggan.. masa sampai depan gerai.. ada satu motor mamat india ni berhenti juga.. kiranya dia sampai 10 saat je depan gerai tu..

sampai2 dia menuju ke tempat mee goreng, kuew teow goreng etc... ataicha pula sampai tengok dia cam tak de pilihan lagi.. cakap kat kakak gerai tu.. "akak, bungkus nasi lemak telur satu tambah kerang erk".. dah biasa beli kan... dh tau nak beli pape.. oklaa kan.. kakak gerai tu tunggu dan tengok dia tak order pape.. kakak tu bungkuskan nasi lemak kat ataicha... dah ataicha ada pilihan nak beli... takkan kakak tu nak tunggu kalau customer dia tak order lagi kan...

masa kakak gerai tu bungkus nasi lemak ataicha.. ataicha perasan dia gerak ke motor dia.. oklaa tak tau nak beli apa kut... fikir ataicha...

tapi... dia mula la bersuara.. "takpe lah kak, tak yah la nak pilih-pilih kasih"... ataicha ngan kakak gerai tu tercengang sekejap... kalau dia nak kata ataicha lintas dia pun.. perbezaan sampai kedai tu 10 saat je pun.. bungkus 1 nasi lemak tu tak sampai 3 minit pun... takkan hal itu dijadikan isu kut... isu perkauman? takde laa.. akak tu ikut turn.. ataicha pun bungkus 1 bungkus je.. kalau sampai 10 bungkus tu.. paham laa..

ataicha buat bodoh je laa.. cuma dalam kepala time tu terfikir ada juga orang macam nie..

so bila pagi tadi kakak tu ungkit kisah ni, saja je ataicha tanya.. dia ni pelanggan akak ke?

akak tu kata ni la first time mamat tu datang dan cakap gitu...

buat mamat tu... relax laa.. takkan tak sampai 3 minit punya hal kau dah anggap benda ni pilih kasih..

hujung minggu.. ataicha tengok pelanggan akak gerai ni penuh dengan semua bangsa.. melayu, india, cina dan lain-lain ramai je.. takde masa nak pilih kasih pun.. siapa sampai awal dia dapat awal..

Ataicha pun kalau time tu dia bungkus nasi mamat tu terus terang tak kisah pun...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers