Header Ads

Header ADS

Pening pasal kes Fiz Fairuzz ni..

Tadi ataicha singgah kat blog http://beautifulnara.com/...
terbaca 2 entry baru pasal kes Fiz Fairuzz putus tunang nie...

Satu pasal si tunang tu Azlyn Massiela Mohd Nazar menafikan dia adalah isteri orang.. pastu satu lagi dari seorang yang hanya dikenali sebagai Ramli mengaku dia adalah suami  kepada Azlyn Massiela Mohd Nazar.. mana satu yang betul nie???

Peningkan.. so nak jelas sila la baca apa yang dicopy dari blog beautifulnara ni...



Fizz Fairuz Bohong, Saya Bukan Isteri Orang – Azlyn Massiela

Kalau semalam kita dikejutkan dengan cerita Fizz Fairuz tentang pertunangannya dengan seorang wanita dari Kuantan bernama Azlyn Massiela Mohd Nazar yang terjadi seminggu selepas pertunangan mereka pada 10 Februari, hari ini melalui Berita Harian, wanita itu menafikan yang dia ialah isteri seorang usahawan seperti yang diberitahu oleh Fizz Fairuz kepada Harian Metro.


Azlyn, 26 dikatakan bingung dengan status dirinya, sama ada masih lagi tunangan Fizz, kerana Fizz tidak pernah memberitahunya untuk putus tunang, tidak berbincang dengan keluarganya terlebih dahulu dan tidak pernah memulangkan cincin pertunangan.

Saya tergamam dan terus menangis, tergamak dia mengeluarkan tuduhan yang sedemikian. Pelik kerana tanpa usul periksa, dia seberani itu menjatuhkan maruah saya dan keluarga. Saya berani menyatakan, tidak pernah berkahwin sepanjang 26 tahun usia ini. Dia boleh periksa di mana-mana pejabat agama atau bertanya sendiri kepada ibu bapa perihal sebenar status diri saya. Kalau pun saya sudah punya suami selepas bernikah di sempadan, takkan emak bapa saya tidak menghalang saya berkahwin lain? Kami masih ada agama, tahu hukum hakam. Jangan jatuhkan air muka mereka dengan cerita sebegini. Andai sudah tidak lagi menyayangi, saya boleh terima kenyataan, tetapi bukan dengan cara mengaibkan orang tua saya. Emak dan ayah saya turut menangis mengenangkan apa yang dilakukannya (Fizz).
Menurut Azlyn , Fizz bukan hanya berjumpa dengan keluarganya pada hari pertunangan, tetapi dia telah diperkenalkan oleh Azlyn kepada ayahnya lebih awal memandangkan Azlyn anak bongsu yang rapat dengan ayahnya. Malah, menurut Azlyn, Fizz turut diperkenalkan dengan ibu saudaranya yang tinggal di Australia.

Jika anda ingin mendapatkan berita lanjut, sila dapatkan naskhah Berita Harian anda hari ini.

Dalam pada itu, melalui sumber yang boleh dipercayai, kami dimaklumkan yang keluarga Azlyn sedang menyiasat lelaki yang didakwa usahawan yang mengaku sebagai suami Azlyn. Mereka khabarnya bertindak membawa seorang peguam ke selatan Thailand untuk meneliti rekod perkahwinan di sana.

Semakin berbelit nampaknya kisah Fizz Fairuz-Almy Nadia- Azlyn Massiela ini. Berat juga pertuduhan yang dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak, namun tidak dapat dipastikan siapa yang bercakap benar.

Yang nyata, Almy Nadia menyatakan awal-awal lagi yang dia tidak mahu masuk campur dalam kemelut ini. Satu tindakan yang bijak.



Jangan Salahkan Fizz Fairuz – Suami Azlyn Massiela

Hari ini melalui Harian Metro, seorang lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Ramli (bukan nama sebenar), menyatakan yang Fizz Fairuz tidak bersalah berkisar pertunangan secara senyapnya dengan seorang wanita dari Kuantan bernama Azlyn Massiela.


Fizz mengetahui tentang perkahwinan tersebut dari kawan kepada adik Azlyn Massiela empat hari selepas pertunangan, lantas memutuskan pertunangannya Ahad lalu.

Jangan salahkan Fizz dalam hal ini kerana dia mangsa penganiayaan dan penipuan. Saya cukup mengenali wanita itu kerana dia isteri yang ‘sakit’ selepas lapan bulan hilang ingatan.
Ramli yang berusia 40-an mendakwa, Azlyn bertindak demikian kerana kesunyian akibat kurang perhatian dari dirinya yang sering sibuk dengan perniagaan dan jarang meluangkan masa dengan Azlyn kerana tidak mahu perkahwinan mereka diketahui isteri pertamanya. Dia hanya berjumpa Azlyn beberapa kali dalam sebulan.
Wanita itu isteri kedua dan diakui ia kesilapan saya bernikah dengannya tanpa memaklumkan kepada isteri pertama serta keluarganya (keluarga isteri kedua). 
Namun tidak disangka, perkahwinan di Thailand memberi kesan negatif kepada Fizz, sekali gus memburukkan namanya.
Ramli menambah, perkahwinan mereka tidak didaftarkan di mana-mana pejabat agama dalam negara, tetapi Azlyn masih isterinya yang sah. Ramli turut menyatakan yang dia menyediakan nafkah, tempat tinggal dan kenderaan untuk Azlyn, malah wanita itu turut menggunakan telefon bimbit miliknya untuk membuat temu janji dengan Fizz.

Ramli tidak menyalahkan Fizz langsung tentang apa yang terjadi, dan dia meminta masyarakat agar tidak terus menyalahkan Fizz.

Begitu pula ceritanya dari pihak usahawan yang mendakwa suami Azlyn. Nah, sekarang terserah pada anda untuk membuat penilaian.


Memang pening... tapi entahlah.. kalau dah tiada jodoh nak buat cam mana kan.. semoga Fiz Fairuzz jumpa calon yang terbaik untuk nya...

Fact yang pening untuk difikirkan...
#1 - Azlyn kata dia anak bongsu..camne Fiz Fairuzz leh jumpa kawan adik Azlyn??
#2 - Pengakuan dari suami dia pun tak berapa nak dipercayai.. 8 bulan hilang ingatan?? :(

Okla malas nak pening2 fikir... tak de faedah pun kan.. 

No comments

Powered by Blogger.