Header Ads

Header ADS

PNB agih pendapatan ASN 6.30 sen seunit

KUALA LUMPUR: Permodalan Nasional Bhd (PNB) hari ini mengumumkan kadar pengagihan pendapatan Skim Amanah Saham Nasional (ASN) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember, 2012, sebanyak 6.30 sen seunit.

Jumlah itu menunjukkan peningkatan 0.25 sen berbanding tahun lalu.

"Jumlah pulangan ini adalah jumlah yang terbaik dalam tempoh 10 tahun ini," kata Pengerusi PNB, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid pada majlis pengumuman pengagihan pendapatan skim ASN di sini.

Jumlah pembayaran itu akan diterima oleh seramai 1.23 juta pemegang unit yang melanggan 1.46 bilion unit ASN.

- BERNAMA

No comments

Powered by Blogger.