Wednesday, June 13, 2012

Tahniah Harimau Malaya!!

Game yang berlangsung semalam diantara Malaysia dan Singapura jujur dikatakan agak menarik dan cantik. Ditambah lagi kemenangan yang gah 2-0 ke atas Singapura menambat hati seluruh penyokong Harimau Malaya. Ataicha menonton game semalam, pencaturan K.Rajagopal kali ini agak terbaik, tetapi mungkin ada sedikit percaturan yang perlu dikaji untuk lebih memantapkan permainan Harimau Malaya akan datang.

Kombinasi agak seimbang, namun di akhir-akhir perlawanan, nampak sedikit kecacatan bila ada segelintir pemain tidak dapat mengawal emosi dengan melakukan kekasaran, dan beberpaa kad kuning dan kad merah dilayangkan oleh pengadil.

Cakap pasal pengadil, kali ini ataicha agak suka nak ulas. Pengadil kali ini agak menarik dan berjaya mengawal perlawanan. Mungkin kali ini, skuad Singapura akan mengatakan pengadil menyebelah kepada Harimau Malaya.. biasa la tu dah kalah banyak faktor akan dipersalahkan. Terus terang di minit-minit akhir ataicha agak gerun gak, takut pisang berbuah 2 kali. Takut pemain Harimau Malaya hilang tumpuan dan fokus dan melepaskan gol di saat-saat akhir.

Anyway, Game persahabatan antara Harimau Malaya dan Singapura semalam antara game yang terbaik yang dipamerkan oleh Harimau Malaya. Go Harimau Malaya, jika perlawanan seperti ini dipersembahkan, peminat tegar dan setia akan terus bersama kamu.....

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers