Tuesday, March 27, 2012

27 March 2012 - Setelah hilang penat..

Wah.. ada orang tegur plak ataicha lama tak updated blog.. huhuhu.. sorry la erk.. masih kesibukan dan penat badan dari hari tu masih belum hilang lagi... nak hilang cam ne tak sempat nak rehat...

Alhamdulillah.. today rasanya genap la sebulan ataicha sekeluarga menetap di rumah baru.. kepenatan berpindah kelmarin masih lagi terasa.. huhuhu.. ramai dah yang tanya bila nak wat housewarming party.. sabar la erk... rumah masih belum sempat nak kemas2.. huhuhu..

Lagipun belum official lagi rumah ni bertukar hakmilik erk.. owner lama ni bagi keizinan masuk awal... insyaallah.. this week or next week.. full payment akan dibayar ke owner lama.. so this month kena la bayar as sewa kat owner lama..

Rumah ni rasa banyak gak nak kena modify... slow2 laa kut.. nak wat serentak rasanya tak sempat dari segi kewangan.. huhuhu..

Dalam sedar tak sedar.. birthday Haziq Naufal pun dah nak hampir tiba... Lagi 16 hari je lagi.. yeah.. Haziq Naufal dah nak masuk setahun... sekejap je kan..

Last week, ataicha balik kampung... alkisahnya semua x plan pun... pengasuh Naufal sakit.. masuk spital lagi.. so ataicha terpaksa la ambik EL.. bila pk balik pengasuh tu cam lama jee.. alang-alang dah kena cuti nie.. bawa balik kampung kat Kelantan best la gak kan.. so x plan punya pasal balik laaa ke Kelantan... Family kat kampung pun tak bagitau.. kira nak sampai baru inform.. Family kat Kelantan agak seronok laa.. maklumlah cucu dia balik... Last balik bulan 1 ke 2 hari tu...

Naufal pun seronok gak.. maklumlah mak sedara dia duk layan dia je.. bawa dia jalan-jalan sekeling kampung... Nenek dia pun x gi kebun sebab sibuk melayan cucu dia... Naufal plak jenis tak kisah ngan sapa2.. asal dukung dia..

Cuma bila dia nampak sepupu dia Arif Sufyan hari Sabtu tue.. terasa cam tergugat gak kut.. 1st time tengok dia menangis bila ibu dia dukung Arif Sufyan.. adeh.. maybe dia tengok Arif Sufyan mirip ngan dia.. maklumlah Haziq Naufal ni biasa tengok cermin.. so bila tengok live ada orang hampir seiras dengan dia.. takut la plak..

Hmm.. apa yang seronok.. dia suka tengok kambing biri-biri nenek dia... Sebab semalam bila kat TV ada kuar video kambing jap.. dia tertarik... aduh... jangan dia kata nak pelihara kambing dia dah ler... kat KL mana ada kawasan lapang nak pelihara.. huhuu.. oklaa.. nak stop dulu buat masa nie.. nanti ada masa ataicha sambung balik k...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers