Tuesday, January 10, 2012

tidur yang tak lena...

sepanjang minggu ini, terus terang ataicha katakan tidur ataicha agak kurang lena.. senang-senang je boleh terjaga... kalau jatuh sudu dilantai pun... ataicha senang terjaga.. bila terjaga plak, terus pandang sekeliling... tengok kalau ada apa-apa yang pelik2 berlaku...

huhuhu.. memang isu orang minyak yang menganas di Kampung Laksamana nie agak menyusahkan ataicha... rasanya bukan ataicha sorang.. malah ramai lagi warga yang menetap disini... tak tenang nak tido... ataicha risau takut-takut akan berlaku apa-apa kat keluarga ataicha... kes ini start 20 Disember 2011 lagi.. so sampai hari ini dah sebulan kes ini berlaku...

mungkin akan ada orang kata semua ini tahyul... tapi kita mesti ingat... masih ada orang yang mengamal ilmu-ilmu yang tak betul ini... kalau tak isu hal minyak ini tak akan berlaku.. ini bukan hantu yang bangkit dari kubur... ni kes orang yang mengamal... menuntut ilmu salah...

Pada awalnya, malas jugak ataicha nak percaya hal-hal ini... namun dah makin kerap berlaku... yang paling latest, 2 hari lepas ahad malam isnin, rumah depan ataicha yang terkena.. anak pompuan owner rumah tu nampak satu lembaga hitam dalam rumah.. bila dia menjerit.. lembaga tu tiba2 je hilang... patut la time tu ataicha dengar anjing2 rumah sebelah ni asyik menyalak je... ada la dengar bising-bising tapi nak tinggal wife ngan anak yang lena tido.. bahaya la pulak kan... so ignore je... rasanya time tu tengah updated entry ataicha pada 9 Jan 2012 - orang minyak di kampung laksamana... tak sangka plak berlaku di rumah jiran ataicha...

Tahu cerita ni pun, tuan rumah bawah yang cerita... ataicha hanya mampu berdoa kepada Allah SWT agar keselamatan ataicha sekeluarga terjamin... amin...

Namun ada cerita kata, ini bukan orang minyak.. hantu raya la pulak... sebab ada isu budak perempuan kena rasuk... cerita pengamal perubatan itu.. orang minyak dia tak merasuk.. hanya hantu raya je yang mampu...
GOMBAK - Pengamal perubatan alternatif, Pak Yob, 55, menegaskan makhluk yang mengganggu penduduk Kampung Laksamana sejak lebih dua minggu adalah hantu raya bukannya orang minyak. Menurutnya, orang minyak lazimnya tidak memasuki tubuh sesiapa sebaliknya perkara itu hanya boleh dilakukan oleh hantu raya. “Hantu raya ini adalah belaan manusia, apa yang perlu dibuat sekarang ialah kena kesan siapa yang membelanya,” katanya kepada Sinar Harian semalam. Pak Yob berkata, berdasarkan pengalamannya, hantu raya boleh menghuru-harakan kawasan setempat sekiranya makhluk itu diarah berbuat demikian ataupun dia sudah tidak mempunyai tuan. “Kalau hantu itu tidak mempunyai tuan, dia akan merayau-rayau di seluruh kampung,” katanya. -Jan 7, 2012 Sinar Harian
alahai bila dengar ini dah makin mengarut... dan menambah kerisauan di hati ataicha.. apasal la nak test-test power kat area rumah ataicha la pulak... gi test jauh-jauh boleh tak...

Mungkin ada yang nak tau lebih lanjut tentang hal ini leh refer blog abang MazidulAkmal
Ini adalah kronologi orang minyak yang melanda kampung laksamana yang ataicha petik dari blog www.tokobakso.com
  • 20 Disember 2011/Selasa , 12 malam
    – Gadis 17 tahun nampak lembaga hitam bertenggek di sink dapur dan ghaib
  • 21 Disember 2011/Rabu , 11 malam
    – Remaja nampak lembaga hitam intai tingkap dapur dan ghaib. Polis datang jumpa kesan tapak tangan berminyak
  • 22 Disember 2011/Khamis , 10 malam
    – Remaja kena calit 3 calitan berminyak hitam di lengan/dengar suara halus
  • 23 Disember 2011/Jumaat , 3 pagi
    – org ramai kejar lembaga hitam/ghaib kawasan semak bertanda minyak hitam
  • 24 Disember 2011/Sabtu , 2 pagi
    – Lembaga hitam berjaya dikepung/dicucuk buluh runcing/hilang bila masuk rumah jiran
  • 25 Disember 2011/Ahad , 4 pagi
    – Lembaga hitam dikesan dicelah pokok pisang/ pergerakan atas bumbung penduduk dikesan
  • 26 Disember 2011/Isnin , 3 pagi
    – Pengera atas bumbung penduduk berbunyi empat kali.
Ini yang dicatatkan di blog www.tokobakso.com, mungkin tak updated sampai hari ini... huhuhu...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers