Thursday, January 12, 2012

Perodua MyVi mampu Terbang.........

bangga tul Perodua MyVI produk Malaysia mampu terbang... tak percaya leh tengok gambar atas nie.. huhuhuhu...

details leh check kat sini..
Myvi 'terbang' atas van
Oleh KHAIRI MOHAMAD | khairi.mohamad@kosmo.com.my | 12 Januari 2012

KOTA BHARU - Ini bukan aksi filem tetapi jeadian yang benar-benar berlaku. Seorang jurujual nyaris maut selepas kereta jenis Perodua Myvi yang dipandunya terbabas sebelum 'terbang' ke atas sebuah van yang diletakkan di tepi jalan.

Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman berkata, kejadian tersebut berlaku kira-kira pukul 7.50 pagi di Jalan Long Yunus, dekat sini ketika mangsa sedang dalam perjalanan ke tempat kerjanya di bandar ini.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku apabila tayar kiri bahagian hadapan kereta yang dipandu seorang lelaki berusia 30 tahun tiba-tiba pancit menyebabkan dia hilang kawalan.

"Kereta tersebut kemudian terbabas dan merempuh longgokan batu dan pasir sebelum melayang ke atas sebuah van jenis Ford yang diletakkan berhampiran deretan kedai.

"Mangsa yang hanya mengalami kecederaan ringan dibantu orang ramai keluar dari keretanya di atas van itu," katanya ketika dihubungi semalam.


No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers