Monday, January 23, 2012

2,000 taska haram tahun lalu

2,000 taska haram tahun lalu
Oleh MUHAMMAD AYMAN GHAFFA
berita@kosmo.com.my

IBU bapa perlu memastikan anak mereka dihantar ke taska yang berdaftar di bawah JKM. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah mengenal pasti kira-kira 2,000 Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) yang beroperasi secara haram di seluruh negara pada tahun lepas.

Pengarah Bahagian Perundangan dan Advokasi JKM, Dr. Zaitol Salleh, berkata, fokus pihak JKM pada tahun ini adalah untuk melaksanakan penguatkuasaan kepada pengusaha pusat tersebut di seluruh negara.

Menurutnya, pada operasi tersebut, JKM akan mengambil tindakan di bawah Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984 terhadap pengusaha taska yang masih ingkar untuk mendaftarkan taska mereka.

“JKM akan mengadakan pemeriksaan secara mengejut serta mengambil tindakan kompaun terhadap pengusaha taska yang tidak berdaftar di bawah JKM.”

“Pengusaha taska boleh beroperasi secara sah dengan mendaftar di bawah JKM serta mendapat kelulusan daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Jabatan Bomba dan Penyelamat dan Jabatan Kesihatan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Ataicha harap dengan pengumuman nie, elok korang selidik Taman Asuhan yang korang hantar tu daftar ke tidak.. kadang-kadang ada gak yang tak daftar jaga lelok kan? Namun elok tahu status taska tu lagi elok kan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers