Header Ads

Header ADS

RM1,000,000 Money Drop....

Actually ataicha tak sempat nak tengok pun Program Realiti terbaru nie last week, iya la masa tu berada di Kuantan.. ada job kan...


So tertengok la jap... tu pun part kembar Haffizan dan Hyffny dah dekat last2... sayang tul sebab di soalan last iaitu soalan ke 8 diaorang ada cuma  RM20K.... yang mana duit tu diaorang takleh nak pecah dah... dan soalan last tersebut menyebabkan diaorang pulang dengan tangan yang kosong...



Selepas pasangan kembar tue, tengok plak pasangan yang ada 2 orang wanita... Sarimah dan Liyana... hmm yang ni bila tengok soalan pertama pun dah hilang separuh duit.. so sekarang dah ke soalan ke 5... dengan berbekal RM60K... dimana kalau nak pecah pun hanya untuk 3  pilihan je... mampu atau tidak kita tengok je nanti Sabtu ini.. huhuhuhu...

Ok.. camne program ini berjalan erk... Pasangan akan diberi RM1,000,000-00. Dan pasangan tersebut dikehendaki menjawab sebanyak 8 soalan. Setiap soalan mereka perlu menjawab dalam masa 60 saat... Mereka boleh melabur duit tersebut ke jawapan-jawapan yang betul... Jika mereka massih ada wang.. mereka akan terus ke soalan akhir.. Dan di soalan terakhir, jika betul.. berapa yang tinggal adalah milik mereka...

Satu benda yang perlu difikirkan.. kenapa ada 2 orang peserta untuk setiap pasangan?.. sebab ia akan mengacau dan membuat pasangan bercelaru... hehehehe.. dan bila pegang duit sebanyak RM1,000,000-00. Sikap tamak mengkin hadir... Dengar kata Pasangan pertama iaitu Azahari & Norsydah lenyap pelaburan RM1,000,000-00 di soalan pertama lagi...



Nampak macam senang kan?? Namun bila wang mampu memeningkan anda.. soalan-soalan senang pun akan berubah sukar... Mungkin bukan anda namun apa pulak pasangan anda?? So susah jugak nak tengok orang menang RM1,000,00-00 sebab nak melalui 8 soalan dengan hanya memilih satu sahaja jawapan. Tu memang 50-50 dah pilihan tu.. kalau dapat.. dapat.. silap habis... so jangan tamak erk...

Cuma ataicha terlintas adakah ini kira mempertaruhkan nasib?? Kira berjudi?... So kena la tunggu ustaz-ustaz yang lebih arif menilaikan nya....

p/s : alangkah bagus kalau duit Rm1,000,000-00 tu milik ataicha.. huhuhuhu

No comments

Powered by Blogger.