Header Ads

Header ADS

[Metro] - Jalur lebar Felda


LEMBAGA Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan dilengkapi dengan sistem dan perkhidmatan jalur lebar bermula tahun depan, sekali gus mampu meningkatkan nilai sosio ekonomi di dalam komuniti Felda menerusi peluang perniagaan yang akan ditawarkan.

Sebagai permulaaan projek fasa pertama akan meliputi Wilayah Jengka dan Pusat Bandar Jengka, Pahang serta Felda Tenggaroh, Johor membabitkan kos RM300 juta yang dijangka siap dalam tempoh dua tahun lagi.

Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad berkata, projek pemasangan jalur lebar di seluruh Felda itu dilihat sebagai inisiatif merapatkan jurang digital dan memberi manfaat besar kepada generasi Felda. “Projek ini juga turut membuka peluang pekerjaan kepada anak muda Felda sebagai ejen jualan, subkontraktor pemasangan dan pelbagai lagi yang dijangka dapat menjana pendapatan tambahan penduduk Felda,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian antara Felda dan Tanjung Agas Technology Sdn Bhd (TAT) serta Keymag Controls Sdn Bhd (Keymag) di Kuala Lumpur, semalam.

Projek perintis pemasangan sistem itu sudah dimulakan di Jengka 12, Pahang pada April lalu melalui syarikat pemasangan Keymag manakala TAT sebagai syarikat penyedia perkhidmatan dengan keseluruhan nilai projek membabitkan 11 wilayah Felda dijangka menelan kos kira-kira RM1.3 bilion.

P/s : Wah... masyarakat Felda nanti akan lebih advanced... huhuhuhu.. mungkin ini mampu manampung kekurangan talian yang dibekalkan kepada masyarakat Felda... teringat setahun lepas apply streamyx untuk rumah mertua di Felda, permohonan ditolak kerana port penuh di Felda.... huhuhuhu...

No comments

Powered by Blogger.