Friday, November 11, 2011

Galeri Majlis Perkahwinan Mohd Suhaimi & Raduzita Part 2

Ini adalah sambungan entry Galeri Majlis Perkahwinan Mohd Suhaimi & Raduzita Part 1. Iya laa hari tu entry persiapan sehari sebelum... so ni plak hari bersejarahnya.. hari dimana majlis menerima menantu... Actually ataicha bukan laa dibayar untuk mengambil gambar, cuma dikesempatan ini bolehlah ataicha mengasah bakat dan mencari angle dan bermain-main dengan dunia kamera... So mungkin tak berapa nak lawa dan setanding dengan profesional cameraman... lagipun ataicha guna basic kamera je.. belum sempat nak upgrade lagi... huhuhuhu...

Apa-apa pun jom layan snap-shoot yang sempat ataicha dapat... ops sebenarnya banyak yang ataicha ambik cuma tak semua ataicha upload erk... 

Picture atas nie, antara hidangan yang disediakan... makcik owner umah ataicha nie tak tempah catering, masak sendiri.. tu yang sibuk sket masa prepare sehari nak majlis tue... huhuhuhu...Sebenarnya di bandar memang dah jarang kita lihat majlis yang masak sendiri.. masing2 lebih selesa menempah catering, salah satu sebab adalah tiada tempat untuk memasak. Owner umah ataicha ni, okla ada lagi tempat nak memasak... dan ianya adalah permintaan sanak sedara... so secara tak langsung mengeratkan lagi ikatan persaudaraan dan juga jiran tetangga....
Gambar atas nie, gambar haziq naufal yang tak berapa puas hati, sebab tengok orang lain makan... mungkin dalam hati dia.. aku nak makan apa erk... huhuhuhu... so bila ada anak kecik, seperti biasa makan kena la bergilir-gilir....

Ni pulak turn mrs. ataicha makan... licin.... sedap kut, kena dengan selera...... ok lepas makan, ataicha sempat ke meja pengantin, ambik picture apa yang patut... so meh layan...

Ntah ikan apa ntah.. siakap kut... ataicha bukan kenal ikan sangat.... menarik, tengok hiasan ni teringat masterchef la plak.. banyak sungguh tertinggal siaran dia, iya la bila balik bercuti ke kampung sure akan tertinggal siaran dia... nanti la cari kat internet download je...
Ni tengah sibuk prepare meja pengantin, nak letak awal-awal takut lalat plak...
Ikut hati nak je ambik sket, hahahaha.. jahat tul, xpe la ni adalah untuk pengantin.. dia raja sehari kan... kena la layan yang elok2...
Buah-buahan biasa je, namun susunan dan hiasan agak menarik, iya la kata lauk-pauk untuk pengantin kena la hias lawa2.. bak kata masterchef, hiasan mesti lawa dan kemas....rasa lain kira... hahahaha.. ni bukan kata masterchef, saja je ataicha berlawak...
Ops, dah ada atas... ter snap sekali lagi... huhuhu...
Ok ni adalah pelamin untuk bersanding kedua-dua mempelai2... simple but nice, biasa orang buat dalam umah, ini dibuat di halaman rumah, so ramai la orang boleh tengok....
Ceria je anak ataicha sorang nie, seronok tengok orang ramai kut...
Atas, antara hadiran yang hadir... Awal2 ni rasa semua rakan-rakan tuan rumah  dan jiran tetangga yang dekat....
Firas, anak jiran sebelah rumah.. actually dah lama tak nampak, kenduri ni baru je nampak balik... apa yang si Firas geram dengan Naufal tue....
Ni banting yang disediakan iya la mana tau orang yang datang segan nak tanya adakah kenduri ni kawan diaorang yang punya.... Teringat dulu ataicha masuk kenduri yang salah.. nasib baik x sempat makan lagi.. kalau tak kes naya je...
Ini adalah ketibaan pengantin perempuan, yang menaiknya pengantin perempuan diiringi dengan sekumpulan motor rxz, 125z etc.. Group ROTS(REPUBLIC OF TEAM SHELL) MALAYSIA MOTOR CLUB kut.. tengok semua pakai T-Shirts tue.. hehehe...
Nak kira malas, rasanya adalah 30-40 biji kut...
Ni la pengantinnya, ceria sangat, iya hari istimewa.. ataicha mendoakan agar pasangan ini berbahagia ke anak cucu...
Bergambar seketika.... huhuhuhu...
Part ni yang tak tahan, pengantin berhenti minum air dulu.. katanya panas dan haus.. huhuhuhu... iya berjalan jauh gak tadi... tengah panas la plak tue.. hehehe.. sure haus...
Ni antara rombongan sebelah pengantin perempuan...tengok belakang tu penuhkan?.. memang sesak gile time nie...
Setelah penat berjalan, kini tiba masanya pengantin bersanding...

NI adik ipar, tengah turun ke bawah untuk menjamu selera...
Time snap ni ataicha perasan cam ada menu yang dah hilang... apa dia erk?
Ni Hana Batrisya, lawa ler pakai pakaian nie... huhuhuhu...
Okla rasanya cukup la kut setakat ni untuk entry kali ini... 



No comments:

Post a Comment

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers