Header Ads

Header ADS

Model : Aksi Naufal di Klinik...

Petang semalam, mak sedara dia datang umah minta tunjukkan jalan ke Klinik Gigi di Seri Gombak.. so petang tu bawa la si Naufal jalan-jalan sekali.. so untuk asah skill mengambil gambar yang dah tumpul nie, ataicha bawa la kamera.. iya nak asah skill kena laa banyak ambik gambar.. baru dapat skill dalam mencari angle kan... tapi untuk awal-awal ni setting auto je..

nanti nak kena cari nizam_gempak(Mata Helang Photographer) nak belajar... hehehe leh tak?? Nak minta tolong Najib (Ariyako), Nasz (Lensa Kehidupan), Sam (Fairuji).. korang jauh sangat... kena la belajar-belajar sendiri la nampaknya...

Sorry la kalau lepas ni blog ini penuh dengan picture je...
Ok tak mahu banyak cakap, ataicha start share picture yang dapat disnap petang semalam..

 naufal nak niarap.. so letak la jap atas kerusi.. huhuhu
 gigit jari... orang tua-tua kata dak baik... hahaha.. tu orang tua kata laa.. realitinya masa umur ni, bayi-bayi mesti nak sesuatu dalam mulut dia.. sebab ataicha tak ajar puting.. so naufal selesa ada jari dalam mulut dia...
 duduk berdekatan dengan bunga hiasan, cepat ler tangan nak capai kan...
 cuba tengok senyuman dia, comelkan?? bila dapat pegang.. kalau tak dapat.. sah kuat suara dia mara2.. hehehe
 dah dapat pegang, memang nak bawa masuk ke mulut je... huhuhuhu..
 kami menyokong penyusuan badan... sebab susu ibu banyak khasiat berbanding dengan susu tepung.. insyaallah selagi mampu beri, selagi itu haziq naufal akan dapat penyusuan badan...
 dah kenyang, muka seronok laa kan... hehehe.. muka naufal cam terkejut je.. ahaks..
ni dah kat umah... rasa ni 1st time dapat tangkap picture dia yang ada lesung pipit.. dalam tak?? hehehe.. dan seperti biasa dia suka ngetap bibir dia tu... rasa nak print 8R la kut picture nie...





No comments

Powered by Blogger.