Sunday, August 14, 2011

Kenali Si Manja Berdasarkan Horoskop

1) Baby Capricorn (22 Disember - 19 Januari)
Karakter :

Baby Capricorn umumnya lebih dewasa jika dibandingkan dengan rakan sebayanya. Pembawaan dirinya lebih serius berbanding baby-baby lain. Tetapi, biarpun tergolong sebagai serius, dia juga mempunyai citarasa yang tinggi kelak. Dia juga anak yang didambakan setiap ibu bapa di samping keperibadiannya yang mengagumkan, adil dan bertanggungjawab. Selain itu, dia juga merupakan seorang yang dermawan serta pandai menguruskan wang.
(Hana Batrisya....)

2) Baby Aquarius (20 Januari - 18 Februari)

Karakter :

Baby Aquarius sebenarnya cerdas, namun gerak-gerinya agak lambat. Dia juga mempunyai banyak idea yang mungkin tidak terfikir oleh bayi seusianya. Apabila dia berbakat dan memiliki minat pada sesuatu bidang, dia akan menjadi seorang yang kreatif dalam bidang tersebut. Tetapi mungkin perkara ini akan banyak membawa kesulitan dan merupakan ujian bagi ibu bapanya ketika dia masih kanak-kanak.

3) Baby Pisces (19 Februari - 20 Mac)
Karakter :

Kebanyakan baby pisces dianugerahkan dengan kecantikan atau ketampanan. Apabila melihat kecantikan atau ketampanan mereka, ia sungguh menakjubkan. Apatah lagi, mereka juga tidak segan untuk bergambar atau bergaya di depan kamera. Walaupun begitu, ia tidak bererti mereka senang dikerumuni orang lain. Setelah penggambaran selesai, umumnya mereka akan kembali asyik dengan dunianya sendiri. Salah satu perkara negatif baby Pisces adalah kepercayaan dirinya yang rendah. Oleh itu, ibu bapa harus sentiasa memberi semangat dan mendorongnya untuk terus berkembang.

4) Baby Aries (21 Mac - 19 April)

Karakter :

Hiperaktif, itulah sifat baby Aries. Kalau disuruh atau diminta melakukan sesuatu, biasanya dia tidak mahu kerana dia agak keras kepala. Namun, hatinya sebenarnya baik. Disebabkan sifatnya yang lasak, ada kemungkinan badannya akan mengalami kesan-kesan akibat terjatuh.
(Haziq Naufal....)

5) Baby Taurus (20 April - 20 Mei)

Karakter :

Seperti juga baby Aries, baby Taurus juga agak keras kepala. Namun, menguruskannya ketika kecil jauh lebih mudah. Ini kerana, dia amat tenang, senang dimanja dan dipeluk. Tubuhnya juga sihat kerana dia merupakan seorang yang kuat makan.

6) Baby Gemini (21 Mei - 21 Jun)
Karakter :

Dilahirkan sebagai baby yang cerdas dan berjenaka membuatkan baby Gemini disukai dan dikagumi orang. Manakala dalam melakukan sesuatu, dia sering kali tidak bersungguh. Apabila mula bermain sesuatu, dia sudah pindah ke permainan lain dan rumah akan berselerak jika dia baru mula bermain.

7) Baby Cancer (22 Jun - 22 Julai)

Karakter :

Dilahirkan dengan perasaan yang sensitif dan mudah terluka, baby Cancer sangat dipengaruhi oleh keadaan sekelilingnya. Dia akan mudah menangis dan sangat peka apabila ada konflik yang berlaku disekitarnya. Tetapi fizikalnya amat kuat.

8) Baby Leo (23 Julai - 22 Ogos)

Karakter :

Lahir di bawah lambang raja hutan, perilaku baby Leo suka memerintah. Dia selalu inginkan kemahuannya dituruti. Namun, memang tidak sukar untuk memenuhi keinginannya kerana sejak bayi lagi dia merupakan seorang yang menonjol dan periang. Apabila bersekolah kelak, dia bakal menjadi popular. Namun, apabila kemahuannya tidak dipenuhi, jangan sesekali mempedulikan amukannya.
(Akmal Hafiz....)

9)Baby Virgo (23 Ogos - 22 September)
Karakter :

Ini dia baby kesukaan para ibu bapa. Baby virgo begitu manis dan ramah, tidak pernah lupa melemparkan senyuman setiap kali orang memandang. Dia juga begitu tenang dan sukar untuk diuruskan, terutama sekali dalam menjalankan rutin harian. Namun dalam pengurusan makanan, dia agak memilih. Dia juga agak keras kepala tetapi hatinya penuh dengan kasih sayang.

10) Baby Libra (23 September - 22 Oktober)

Karakter :

Baby Libra dikurniakan paras yang rupawan. Dia juga senang melemparkan senyuman jika didekati. Apabila sudah dapat berbual, maka dia akan berceloteh dengan lucu. Dia memang boleh menarik perhatian setiap orang disebabkan oleh kemampuan komunikasinya itu. Tetapi, berhati-hati kerana dia senang memberontak pada peraturan tertentu.

11) Baby Scorpio (23 Oktober - 21 November)

Karakter :

Agak kurang pandai dalam mengekspresikan perasaan dan fikirannya, ia adalah ciri utama baby scorpio. Dia juga termasuk dalam golongan bayi yang selalu ingin tahu tentang apa saja. Selain itu, dia boleh menjadi marah apabila anda tidak mengendahkan pertanyaannya yang bertubi-tubi. Ini kerana dia juga senang berkomunikasi dan dia akan menangis apabila dibiarkan bersendirian.

12) Baby Sagitarius (22 November - 21 Disember)
Karakter :

Sebagai bayi, Sagitarius memang senang dikerumuni orang kerana dia suka melawak. Sikapnya yang ceria dan riang, mungkin saja akan berubah menjadi sedih dan penuh air mata. Dikurniakan otak yang cukup cerdas, baby Sagitarius biasanya meminta sesuatu sebelum melakukan sesuatu hal. Prinsipnya adalah kebebasan merupakan segalanya.


Petikan daripada : Majalah Mami & Baby Edisi Januari 2010
Credit to : http://mamiraysha.blogspot.com/2010/06/kenali-si-manja-berdasarkan-horoskop.html
Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers