Friday, June 10, 2011

[PDRM] INFO KESELAMATAN TRAFIK BAGI PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2011

SIARAN MEDIA
PUSAT MEDIA IBU PEJABAT POLIS KONTINJEN KUALA LUMPUR
Tel : 03-21460522 Ext : 586/587 / Faks : 03-21460589
Hotline : 03-21159999 / SMS POLIS KL : 32728
************************************************

INFO KESELAMATAN DAN TRAFIK BAGI PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2011.

PERLAWANAN AKHIR PIALA FA 2011 AKAN DIADAKAN PADA 11 JUN 2011 (SABTU) BERTEMPAT DI STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL KUALA LUMPUR. PERLAWANAN INI AKAN MENIMBULKAN KESULITAN DAN GANGGUAN LALULINTAS SEPANJANG ACARA INI BERLANGSUNG.

SEHUBUNGAN ITU, SEMUA PENYOKONG - PENYOKONG BOLA SEPAK DINASIHATKAN MENGIKUT SEGALA ARAHAN YANG TELAH DITETAPKAN OLEH PIHAK PDRM, SEMUA PENYOKONG DINASIHATKAN MEMASUKI STADIUM MELALUI PINTU - PINTU YANG TELAH DITETAPKAN, PENYOKONG NEGERI KELANTAN DINASIHATKAN MEMASUKI STADIUM MELALAUI PINTU BIRU, UNGU DAN HIJAU. MANAKALA PENYOKONG TERENGGANU MELALUI PINTU MERAH, KUNING DAN HIJAU.

BAGI ALIRAN KENDERAAN TEMPAT LETAK KERETA DAN BAS, PARKIR KERETA / BAS UNTUK PENYOKONG PASUKAN KELANTAN DISEDIAKAN DI PARKIR E (MAJLIS SUKAN NEGARA) DAN PARKIR D (TEKNOLOGI PARK MALAYSIA). IKUT LALUAN BULATAN LUMBA KUDA - PUCHONG LINK  (LEBUHRAYA BUKIT JALIL) - PERSIMPANGAN TPM - 'U' TURN KE MSN - PARKIR D, E, FUTSAL DAN TEKNOLOGI PARK. MANAKALA PASUKAN TERENGGANU DI PARKIR A DAN B BUKIT JALIL. LALUANNYA PERSIMPANGAN SUKOM INTERCHANGE - JALAN MERAH CAGAR (NORTH) KE PARKIR 'A' DAN 'B'.

UNTUK KE STADIUM BUKIT JALIL LALUAN DARI TOL GOMBAK SEPERTI BERIKUT :

LALUAN TERUS
- TOL GOMBAK -> MRR2 -> HIGHWAY KESAS -> STADIUM BUKIT JALIL (27.7KM @ 30 MINIT).

LALUAN ALTERNATIF
- TOL GOMBAK -> MRR2 -> HIGHWAY DUKE -> JALAN DUTA -> JALAN MAHAMERU -> HIGHWAY SEREMBAN -> SUSUR NAIK KE HIGHWAY KESAS ATAU SUSUR NAIK KE PUCHONG LINK (BULATAN LUMBA KUDA) - PUCHONG LINK (LEBUHRAYA BUKIT JALIL) -> PERSIMPANGAN TPM -> STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL (32.5KM @ 36 MINIT)

KEPADA SEMUA PENGGUNA JALAN RAYA, ANDA DINASIHATKAN SUPAYA KELUAR AWAL UNTUK KE STADIUM, GUNAKAN PERKHIDMATAN PENGANGKUTAN AWAM, AMALKAN AMALAN BERKONGSI KENDERAAN, SENTIASA MEMATUHI PERATURAN LALU LINTAS DAN ARAHAN DARI ANGGOTA TRAFIK YANG MEMBUAT KAWALAN, DILARANG MELETAKKAN KENDERAAN DI TEPI-TEPI JALAN, KERANA TINDAKAN SAMAN ATAU TUNDA AKAN DIAMBIL KEPADA PENGGUNA JALAN RAYA YANG BERBUAT DEMIKIAN DAN SENTIASA AMALKAN SIKAP SABAR SERTA BERSOPAN SEMASA MEMANDU KENDERAAN.

PARA PENYOKONG KEDUA-DUA PASUKAN JUGA DILARANG MEMBAWA BARANG-BARANG TERLARANG SEPERTI :
- BOTOL AIR MINERAL / OREN
- KAYU
- MERCUN / BUNGA API
- LASER
- MANCIS / PEMETIK API
- SEBARANG OBJEK TAJAM (BESI / KAYU)
- SENJATA SEPERTI PARANG DAN LAIN-LAIN
- MINUMAN KERAS
- PAYUNG
- TONGKAT

PIHAK POLIS AKAN MENGAMBIL TINDAKAN YANG TEGAS SEKIRANYA TERDAPAT PENYOKONG YANG MELANGGAR ARAHAN YANG TELAH DITETAPKAN MENGIKUT PERUNTUKKAN UNDANG-UNDANG YANG SEDIA ADA, PENYOKONG KEDUA-DUA PASUKAN DINASIHATKAN TIDAK MENIMBULKAN SEBARANG MASALAH YANG BOLEH MENYEBABKAN TINDAKAN AKAN DIAMBIL, SETIAP TIKET AKAN DI SEMAK DIPINTU MASUK, SEKIRANYA BERLAKU PENIPUAN ATAU PEMALSUAN TINDAKAN SERTA MERTA AKAN DIAMBIL. OLEH ITU, SEMUA PENYOKONG DARI KEDUA-DUA NEGERI DINASIHATKAN MEMBELI TIKET DARIPADA PENGEDAR TIKET YANG SAH.

(SUFFIAN BIN HJ. SULAIMAN) ASP
PEGAWAI PERHUBUNGAN AWAM
POLIS KUALA LUMPUR.

http://a4.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/251616_178778005510083_138833462837871_410872_7020575_n.jpg

http://a6.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/252482_178778018843415_138833462837871_410873_1818823_n.jpg


http://a7.sphotos.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc6/248870_178778035510080_138833462837871_410874_1037021_n.jpg

p/s : so ikut je laa .. park tempat yang betul, sebelum kereta disaman atau ditarik.. KL ni dah pratik tarik kereta... huhuhu
Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers