Header Ads

Header ADS

Ingin tukar nama Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz kepada Aleesha Farhana Abd Aziz??

26 Mei 2011


KUALA TERENGGANU: Hasrat seorang pemuda, Mohd Ashraf Hafiz Abd Aziz, 25, untuk menukar jantina dan nama kepada Aleesha Farhana Abd Aziz tertangguh lagi apabila Mahkamah Tinggi di sini, semalam, menetapkan 18 Julai depan untuk mendengar keputusan permohonan berkenaan.


Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa menetapkan tarikh itu bagi membolehkannya meneliti hujah dikemukakan peguam Horley Isaacs yang mewakili Mohd Ashraf Hafiz selaku pempetisyen, selain Peguam Kanan Persekutuan, Adhha Abu Bakar bagi pihak Jabatan Pendaftaran Negara selaku responden.


Mohd Ashraf Hafiz, lulusan diploma dalam bidang perubatan dari sebuah institusi pengajian tinggi yang mengenakan pakaian wanita lengkap dengan berbaju kurung berwarna kuning air, bertudung merah jambu dan berkasut tumit tinggi menarik perhatian awam yang menyedari kehadirannya di mahkamah, semalam.

Dia yang menjalani pembedahan menukar jantina di Thailand antara 2008 hingga 2009 kerana mendakwa lebih cenderung kepada perwatakan wanita memfailkan petisyen memohon mahkamah membenarkannya menukar nama Mohd Ashraf Hafiz kepada Aleesha Farhana pada November tahun lalu bagi memudahkannya menguruskan kehidupan seharian selain mahu memasuki universiti untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sama.


Horley dalam hujahnya pada prosiding akhir di mahkamah semalam berkata, anak guamnya disahkan pakar perubatan Pusat Perubatan Pantai dan Hospital Putrajaya layak untuk menjalani pembedahan menukar jantina dan melakukan rawatan hormon serta psikologi sebelum membuat pembedahan di negara jiran.


P/S : ataicha tak paham kenapa ada orang nak ubah diri mereka... tapi tak leh komen lebih2 sebab mungkin ada sesuatu yang kita tak tau.. iya la kalau dia kata dapat kelulusan dari pakar Pusat Perubatan Pantai & Hospital Putrajaya.. means ada laa sebab2 tu maybe khunsa?? dan bila dah besar2 ni baru tau more ke perempuan? mana la kita tau kan.. so kita tunggu je la laporan dari Mahkamah.. ataicha x kata dia khunsa k.. maybe laa.. that ataicha nya pendapat..


*khunsa ialah seorang yang memiliki 2 jantina semasa dilahirkan. Untuk menentukan jantina kita lihat ke arah mana dia cenderung. Maybe bila besar, baru kita leh tengok ke arah mana dia cenderung kan.. so untuk golongan ini jangan kita salahkan diaorang sebab diaorang special sket...




Email : hatta7[a]yahoo.com
Website : http://ataicha.blogspot.com


Powered by Blogger.