Header Ads

Header ADS

Gaji menteri di Singapura dah dipotong.. Malaysia??

Gaji menteri dipotong

SINGAPURA: Kabinet baru negara ini berikrar untuk memotong gaji bernilai jutaan dolar diterima anggotanya sebagai sebahagian pembaharuan berikutan peningkatan sokongan diperoleh pembangkang dalam pilihan raya lalu. 

Gaji yang tinggi anggota Kabinet adalah satu daripada isu yang menjadi kemarahan rakyat, selain peningkatan harga rumah, kos kesihatan dan keperluan asas serta persaingan ekonomi daripada lebih sejuta warga asing di republik itu.

“Kerajaan akan menepati kehendak semua lapisan rakyat,” kata Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, 59, selepas kerajaannya dilantik untuk memulakan pemerintahan penggal baru selama lima tahun, semalam oleh Presiden S R Nathan. “Kami akan mendengar dengan teliti pendapat berbeza, memahami kesukaran dan masalah harian dihadapi rakyat, peka dengan kebimbangan mereka dan bersikap terbuka kepada input yang boleh menambah baik khidmat kerajaan,” katanya lagi selepas mengangkat sumpah.


Tindakan pertama dalam senarai perubahan adalah isu kontroversi gaji anggota Kabinet, di mana kebanyakan anggota baru memperoleh lebih daripada RM2.4 setahun. - AFP
Rujukan : Harian Metro, 23 May 2011 

p/s : Singapura dah inform gitu?? Malaysia plak xde plan nak buat gitu ker??

Rujukan Gaji Perdana Menteri Di Malaysia [rujuk la sendiri erk.. kalau diaorang leh kurangkan gaji yang diaorang dapat maybe leh bantu sket masalah rakyat.. fikir2kan.. dan ataicha tak cakap ni betul k.. cuma share je]
 ni antara blog yang dedahkan isu nie... Kalau Singapura leh buat? Malaysia pun boleh la kut.. kan slogan Malaysia.. "Malaysia Boleh"... huhuhu
Powered by Blogger.