Header Ads

Header ADS

Drama Yang Terpuji....

Yang Terpuji mengisahkan seorang budak bernama Ahmad Muhammad atau lebih dikenali dengan nama Mamat... Mamat ni merupakan seorang budak yang agak nakal... dia dan seorang rakannya memang agak nakal dengan aktiviti menyakat orang tua, mencuri ayam, membuli dan banyak lagi...

Ayahnya Abu Bakar atau dikenali ngan nama Ben merupakan seorang degil dan keras kepala. Mungkin kerana mengikut sikap ayahnya Mamat menjadi begitu... hehehe... Setelah kehadiran Ustaz Mohktar di sekolah itu telah berjaya mengubah sikap Mamat dengan pelajaran yang ditekankan memanggil nama Mamat dengan nama penuh.. iaitu Ahmad Muhammad (Yang bermaksud Yang Terpuji Yang Terpuji) Pada awalnya ianya mengundang kemarahran ayah Ahmad Muhammad (Mamat).. iya laa apa salahnya memanggil nama anaknya dengan nama Mamat...

Ianya berubah setelah Ahmad Muhammad ini mendapat musibah setelah makan ayam yang dicuri.. keinsafan Ahmad Muhammad ini secara tidak langsung mencairkan sikap ayahnya...
Di akhir cerita ini ayahnya sempat menanya akan maksud Mamat.. Ustaz Mokhtar memberitahu maksudnya ialah Mati... sebab itulah Ustaz meminta nama Ahamad Muhammad dipanggil penuh....

Pengajaran kat sini erk... korang dah bagi nama anak korang molek2 dan ada pengertian... tapi bila nak panggil korang panggil short cut plak.. huhuhu.. nama panggilan tu sebenarnya doa korang kepada anak korang... bagi ataicha elakkan bagi nama panjang sangat... kalau boleh namanya leh dipanggil penuh.. cam satu nama yangg mempunyai dua suku kata cam Nayli, Naufal, Iman, Adam... kalau korang bagi nama panjang lebih dua suku kata.. selalunya ada je nick name... contoh Zakaria... 3 suku kata kan.. selalunya orang panggil Zack kan... Khadijah plak Khatty...so dah lain plak maksud dia...

So korang pepandai ler pilih nama yangg baik untuk anak korang... sebab nama tersebut adalah doa...

2 comments:

  1. nasib baik nama hamba 2 suku kata je.
    -hairul-

    ReplyDelete
  2. ada gak terselit nama naufal..hehe

    ReplyDelete

Powered by Blogger.