Header Ads

Header ADS

Nama baby : HANA BATRISYA

hmm setelah penat ayah dan ibunya memikirkan nama-nama yang sesuai.. Hana Batrisya yang telah dipilih...
so nak kena panggil apa erk... Hana erk... hahahaha..

Hana Batrisya bermaksud Kebahagiaan, Rezeki Tanpa Kepayahan & Cerdik, Pintar.... ok dan menarik ertinya... huhuhu..

Nama ni kalau boleh kena cari yang ada makna, bukan main hentam je... sebab nama ni pun leh kata doa ler, kalau dipanggil nama cam Hana, kita seolah mendoakan dia kebahagiaan... bukan nama yang tiada apa-apa maksud...
Nama atau 'Ismun' dalam bahasa arab merupakan perkara paling penting di dalam peradapan manusia. Ilmu pertama yang diajar oleh Allah s.w.t kepada manusia pertama iaitu Nabi Adam a.s ialah nama. ".. dan Dia mengajarnya kepada Adam, nama-nama benda seluruhnya."(Al-Baqarah:31)
Berdasarkan ayat diatas, terbuktilah bahawa nama merupakan asas utama dalam ilmu yang menjadikan kita khalifah di muka bumi. Ayat tersebut juga membuktikan bahawa nama adalah sangat penting dan keperluan utama terhadap kehidupan manusia.

Islam merupakan agama sempurna. Maka, nama menjadi salah satu perhatian utama sebagai identiti pengenalan umat Islam.

Rasullulah s.a.w pernah bersadha, "Di antara kewajipan seorang ayah kepada anaknya ada tiga. iaitu menamakan mereka dengan nama yang baik, mengajarnya apabila berakal, dan mengahwinkan si anak apabila mereka ingin berkahwin." (Al-Hadith)


So berdasarkan ayat dan hadis diatas, kita perlu mencari nama-nama yang baik untuk anak-anak kita.

So jika ada, sapa2 nak share nama2 yang best dan ada maksud silakan la yer... mungkin sedikit sebanyak akan membantu rakan-rakan lain yang tengah mencari nama-nama yang elok untuk anak-anak mereka...
Cam ataicha dah berkenan ngan nama ni untuk baby lelaki..

IRFAN NAUFAL
- Kebijaksanaan, kesyukuran, pengetahuan / Pemurah, Dermawan

Mungkin ada suggestion nama yang elok, mana tau....

2 comments:

  1. Irfan Naufal sedap juga nama tu..
    cuba try cari kat laman web ni
    http://name.crazyartzone.com/

    ReplyDelete

Powered by Blogger.