Header Ads

Header ADS

Mulut tu takde insuran ke?


Salam semua,

Dalam kesibukan semalam.. ada sedikit kesempatan berchat dengan seorang kawan lama.. terdengarlah satu cerita mengenai dia dan kawan suami dia.. huhuhu.. sorry ye kawan.. just nak share ketidakpuashati ataicha terhadap mamat poyo nie..

cerita dia begini.. kawan ataicha ni keluar laa ngan husband dia pergi ke satu shopping complex di area umah dia.. area mana tu rahsia laa erk... baru je sampai terserempak plak ngan kawan husband dia bersama wife dia... wife dia ni dah mengandung.. berapa bulan lupa la nak tanya... kawan husband dia nie kahwin selang sehari je dengan perkahwinan kawan ataicha nie.. kira baru 7-8 bulan laa kahwin, kedua-dua pasangan nie..

iya laa bila dah lama tak jumpa, soalan2 cam dah ada anak sure akan terkeluar, tapi baru 7-8 bulan sure soalan tu tak keluar.. masing-masing paham laa kan.. awal sangat... huhuhu... so soalan dari kawan dia.. dah ada isi belum.... husband kawan ataicha ni jawab ler.. belum ada...

tapi jawapan dari kawan husband dia nie.. memang tak leh blah...ni soalan dia selepas jawapan suami kawan ataicha jawab tadi "ke korang mandul"....... angin la kawan ataicha sorang nie... terus dia menjawab... sebelum semakin panjang, husband dia terus tarik tangan kawan ataicha ni keluar dari shopping complex tersebut... dan husband dia leh cakap kawan dia tu bergurau jer...

Gurau?... gurau kepala hotak begitu... mulut takde insuran sangat ke?.. otak takde ke?.. fikir guna kepala mana? kepala lutut?? isk...

kalau ataicha... mulut yang takde insuran tu kalau tak dilempang masa tu.. buku lima ni dah hinggap kat muka tue.. isk.... sabar ataicha.. sabar... huhuhu.. panas je hati ataicha semalam...

sapa yang dengar pun panas telinga... tau ler wife ko dah ngandung.. tapi jangan lupa.. last minute kalau Allah nak tarik sekejap je.. sepatutnya masa wife ko ngandung ni ko ni kena jaga la perangai... mulut kena jaga... ni kalau orang doakan yang buruk2 kat kandungan wife ko tu... pe cerita..

bukan xde isu bayi mati dalam kandungan bila umur dah cecah 8 bulan lebih... sepatutnya ko bersyukur dan tidak menyakiti hati orang lain... kau dah diberi peluang untuk menerima rezeki yang amat bernilai iaitu anak... kalau orang lain tanya ko plak masa ko belum dapat anak.. apa perasaan kau... jangan excited sangat... kalau Allah nak tarik rezeki tu.. sekejap je bro... orang kata makanan yang nak disuap dah.. dekat dah dimulut.. tapi kalau bukan rezeki ko.. maybe makanan tu tumpah ke.. apa ker..

bagi ataicha laa.. mamat ni memang melampau.. gurau pun ada gak batasan dia.. apa yang nak keluar kat mulut tu baik fikir dengan otak.. bukan fikir dengan kepala lutut.... nasib baik tak cakap kat orang panas baran... kalau tak sah-sah.. bengak muka tue dibelasah..

kepada kawan ataicha.. sabar je laa.. tak yah layan sangat cakap mamat yang sewel tu.. iya la takde otak kan.. cakap guna kepala lutut... huhuhu...



No comments

Powered by Blogger.