Monday, November 1, 2010

Gembira sesangat... Kelantan Juara...

salam... sebenarnya ataicha nak tulis entry ni selepas melayan game Final Piala Malaysia lagi.. cuma sampai jer umah.. rasa teruja teramat sangat melupakan ataicha... huhuhu.. ditambah penat... tapi amat berpuas hati sebab Kelantan telah menjadi Juara Piala Malaysia... huhuhuhu...

pada awalnya rasa cam tak bersemangat sangat nak tengok kat stadium sebab kesukaran menadapatkan tiket... so pada awalnya frust sesangat laa... rasa nak gi tu memang melonjak-lonjak sebenarnya... petang sabtu tu dalam kul 4 lebih... masa otw ke Wangsa Maju.. saja je tanya sorang kawan yang tinggal di kawasan tu. dia gi tak.. dia kata gie.. huhuhuhu.. ntah cam ne dia leh kata aku ada satu tiket lebih.. ko nak tak??

wah... terus gi ke umah dia ambik tiket.... takkan nak lepaskan peluang kan... lepas ambik tiket.. gi makan jap kat Pizza Hut... dah drop wife dan adik2 ipar dulu kat Pizza Hut Wangsa Maju sebelum ambik tiket... sampai terus makan je... sebenarnya plan nak jalan2 kat wangsa walk, jusco dan carefour.. terpaksa cancel... maaf yer... balik tukar baju dulu.. pakai baju warna merah.... dan gerak ke Bukit Jalil ngan moto.. ingat nak gi ngan kereta takut jem dan takde parking je... takpe laaa... semangat mesti ada kan...

meriah betul ataicha tengok kat Stadium Bukit Jalil, penuh dengan penyokong berbaju Merah... seronok2...
 ni yang belum masuk lagi.. masih enjoy-enjoy.. macam-macam perangai dan style leh tengok.. tapi enjoy..
 seronok-seronok bila tengok baju merah penuh...
 ni tiket yang ataicha dapat dari kawan ataicha.. thank friends...
 rasanya ni baru kul 7 mlm... stadium sebelah penyokong Kelantan dah penuh.. ataicha pun duk kat tangga.. huhuhu.. takpe.. excited punya pasal kan...
 merah giler... dan agak meriah.. huhuhu


 ni masa dah habis... menunggu masa nak terima Piala dulu..
 tadi sebelah kiri je kan.. meh tengok sebelah kanan plak...
anyway ini mungkin akan menjadi satu kenangan terindah buat Rakyat Kelantan...
 semoga bola sepak tanah air kembali maju...

anyway, ataicha amat berpuashati sebab dapat meraikan kejayaan Kelantan bersama penyokong-penyokong lain di Stadium Bukit Jalil... rasa berbaloi la bayar harga tiket sebanyak RM40... huhuhu... (walaupun separuh masa pertama, sakit hati tengok player Kelantan macam hilang arah je.. )


2 comments:

  1. Berbaloi baloi pergi kan..
    Tahniah semoga menang lagi tahun depan..:)

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers