Header Ads

Header ADS

Al-Fatihah buat Cikgu Mohd Hashim

setengah jam tadi... ataicha dapat msg dari seorang rakan lama..

sedikit terkejut bila menatap isinya...

"Salam. Ingin dimaklumkan bahawa cikgu kita,
mohd hashim telah kembali ke rahmatullah
pada 05 november 2010. Al Fatihah @Yazrie"

sedih pun ada.. bila teringat akan kenangan bersama arwah
semasa di SIC 1994-1996..

bukan setakat itu sahaja..
adik2 ataicha yang menyambung pelajaran disitu juga rasanya
amat mengenali arwah..

arwah seorang guru yang tegas, garang..
tapi kekadang boleh dijadikan kawan...
seronok belajar dibawah didikan arwah..

tiba-tiba je kenangan-kenangan yang lama tersebut
menjelma ke pemikiran ataicha..

terasa hilangnya seorang guru yang amat ataicha hormati..
sebab kegarangan arwah berjaya mendidik kami
pelajar-pelajar yang nakal-nakal menjadi
seorang yang berguna pada hari ini...

last ataicha jumpa arwah rasanya dah agak lama..
awal tahun 2000...
masa tu ataicha gi jumpa cikgu displin
sebab adik ataicha lompat pagar kut..
terserempak ngan arwah di lobi..
terkejut gak masa tu...
dia masih ingat nama ataicha...
walaupun ataicha dah tinggalkan sekolah
hampir 7 tahun tika itu..
kuatnya ingatan seorang guru..

semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Al-Fatihah..

No comments

Powered by Blogger.