Monday, October 4, 2010

Coke tak mahu muka Rooney..

akibat pengakuan yang berani oleh Rooney.. penajanya Coca-cola dah tak mahu nak jadikan Rooney sebagai ikon diaorang... kesian... itulah.. xde rezeki... so buat perangai lelok lepas ni yer en Rooney...


Coca-Cola tak jadi guna wajah Rooney


LONDON: Syarikat Coca-Cola menggugurkan rancangan untuk menggunakan wajah Wayne Rooney pada berjuta-juta tin minuman itu selepas pegawai kanannya di Amerika Syarikat melabelkannya sebagai ‘menjengkelkan’ kerana didakwa meniduri pelacur ketika isterinya hamil.
Imej bintang bola sepak Manchester United dan England itu yang memperoleh pendapatan menerusi penajaan berjumlah £600,000 (RM3 juta) setahun sepatutnya muncul pada tin dan botol Coke Zero dalam kempen iklan bernilai jutaan paun mulai sekarang hingga 2011.
Bagaimanapun, sumber di Amerika Syarikat berkata, pegawai kanan syarikat di negara itu mahu menamatkan perjanjian tajaan dengan Rooney kerana bimbang cerita mengenai kehidupan peribadinya tidak sesuai dengan imej keluarga Coca-Cola.

Skandal seks Rooney, 24, terbongkar selepas pelacur, Jennifer Thompson mendakwa dia melakukan seks bersama Rooney dengan seorang rakan pelacurnya ketika isteri bintang bola sepak itu, Coleen, hamil lima bulan.

Seorang lagi pelacur, Helen Wood, kemudian mengesahkan laporan itu dan memohon maaf kepada Coleen. - Agensi




3 comments:

  1. hehe buleh tahan sexy org gemok tuh

    ReplyDelete
  2. mcm2 peel mat salleh nih...

    p/s; awat tak dtg OH aritu..?

    ReplyDelete
  3. @ferra ~ ahaks sexy la gak..

    @norhidana ~ sorry x berapa sihat... x kemana pun.. duk umah jee..

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers