Tuesday, September 7, 2010

Tazkirah : Ustaz Azhar - Suami vs Ibu bapa

Salam sahabat... tadi ada tertengok satu video dari youtube dari Ustaz Azhar mengenai Suami vs Ibubapa.. so ataicha rasa terpanggil untuk share...


so kat bawah ni ataicha taip balik apa yang dia kata... so mungkin ramai leh paham.. sebab dia baca ikut loghat terengganu..

Saya ada masalah berkaitan kekeluargaan, saya telah berkahwin dan mempunyai seorang anak dan tinggal bersama ibu bapa saya memandangkan tempat kerja saya berhampiran rumah ibu bapa saya, manakala suami saya tinggal ditempat lain kerana suami berkerja berjauhan dengan saya.

Bapa saya sering bertegang leher kerana masalah kewangan yang dihadapi, sebagai anak perempuan saya hanya membantu setakat yang saya mampu.Dan kadang kala saya tertekan dengan masalah ibubapa saya dan masa yang sama saya ingin berpindah ke tempat suami memandangkan suami saya keseorangan di sana.

Apa yang perlu saya lakukan kerana saya tidak mahu melukakan hati ibubapa saya?

Baik...

Suami dia keje duduk kat tempat lain. Dia duduk ngan ibubapa, cuma masalahnya ibubapa dia balah (bergaduh) sokmo, kok keng, kok keng, kok keng serabut perut jugok. jadi jawab dia boleh dok dia berpindah ikut suami? takut isteri ops..mak bapak dia berasa hati..

Dengar molek.. seorang perempuan bila dia telah berkahwin maknanya ada suami, maka wajiblah dia taat kepada suami dia dulu dari taat kepada ibu bapa cuma kekal wajib hormat dan kasih kepada ibubapa sampai mati. Tapi kalau perintah dahulu hok suami. Dalam kes ni, suami awak tu suruh duduk rumah mak ko duk umah dia? kita nak tau tu.. kalu suami kata awak mari duk ngan saya la.. paham.. maka wajib kita kena duduk dekat suami.. anak perempuan wajib.. walaupun mak kata aku berasa hatilah bela mu dari kecik apa semua... hukumnya tak berdosa..

ibu bapa kena paham, anak kita bila dia berkahwin dengan suami, anak kita wajib kena taat dengan suami dulu pada kita. kalau tak boh gitu, jangan bagi bui(bagi) dia nikoh..meh duk ngan anok sampai mati..paham?

pastu islam ni buat gitu hukum, cuma yang duduk lain jauh dari ibubapa dok duk bersama, anjurkan sentiasa menziarahi orang tua, biar ada bantuan dan seumpamanya, comel selalu..jadi nok dok duduk ngan mak ayah.. suami guano kata.. suami kata duk ngan mak ayah takpe.. kalu duk ngan mak ayah xpe..kita kena sabar laa.. dia duk berlawan dua orang tu sabar laa..dok.. sabar ni sedap orang suruh dop? tapi orang pikul beben berat.. guano kita nak kata.. takkan aku nak pikul etek (sama), paham dok.. cuma kita boleh kata sabar laa.. pasal nak duduk jugok ngan ibu bapa.. tapi kalau suami kata mari duk ngan dia... wajib kena gi serta merta.. ayah dia kata aku tak ngaku anak mu, masuk neraka mu.. dok masuk pasal perintah dia perintah agama.. taat kepada suami.. paham..

Jadi pikir-pikir sendiri laa kita nak gi ikut mana? Kita pindah jugak mak berasa hati, pindah ngan jalan molek, saya ada suami.. dalam hukum syarak kena taat kepada suami.. cara molek-molek la jangan jadi balah..


Pengajaran yang perlu korang tau.. perintah suami perlu korang dahulukan daripada perintah ibubapa..
Hitam kata semua maka hitam lah... dan ataicha pernah dengar satu hadis... salah inform yer.. Seorang isteri mudah masuk syurga dengan cara jaga solat, jaga ibadah dan taat kepada suami..

2 comments:

  1. bila da bekahwin suami lah ketua dan perintahnya plg utama selagi tidak brtentangan dgn islam..

    ReplyDelete
  2. btol tu.. tapi susah jugak kalo ade parents yg xbape nk paham ni
    pdhal ckp suami yg kena didahulukan

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers