Header Ads

Header ADS

Sampaikan kepada Wanita...

dalam sesi blogwalking tadi... ataicha tertarik akan satu artikel yang bertajuk Sampaikan Kepada Para Wanita... ataicha rasa agak menarik jika artikel ini dikongsi dengan rakan2 lain kan... iya la benda yang baik elok dikongsi.. tak baik kita ingatkan..




1. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

2. Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh. (jadi wanita yang solehah dikira lebih baik dari 70 org wali dan lelaki soleh.. tinggi darjat tue)

3. Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat. (wah.. kalau jahat plak.. kira jahat yang amat teruk... )

4. 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil. (wanita yang hamil... solat anda lakukan adalah lagi baik dari orang biasa.. )

5. Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya (susu badan) akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. (mungkin ini meransang wanita kita beri susu badan kepada bayi mereka.. )

6. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad. (susah dah nak tengok benda ni.. iya la 2-2 berkerja.. sama2 penat.. sesapa yang tau mungkin akan buat.. huhuhu)

7. Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. (ibu mana tak sayang anak kan?.. )

8. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.(elok amalkan.. elok tau)

9. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 maalaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut. (wah mudahnya... wanita nak masuk syurga.. awal 500 tahun dari suami dia lagi tu.. )

10. Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

11. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.(amalkan bismillah dalam setiap perbuatan erk..)

12. Wanita yang menguli tepung gandum dengan bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

13. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. (ni tak.. selalunya kita duk nyanyi lagu je..)

14. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka. (senangkan.. jaga solat... puasa.. pastu taat kat suami... dah boleh pilih pintu syurga yang mana suka.. tak nak rebut ke?)

15. Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada siang hari.

16. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. (ramai wanita tak mau mengandung.. nanti x comel la.. apa la.. rugi tau..)

17. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

18. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid.

19. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. (jaga adab korang tau.. senang je nak dapat ganjaran sebegini.. )

20. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 1/2 tahun), maka maalaikat-maalaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

21. Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa. (kalau ataicha boleh menyusukan anak sendiri.. sure ataicha rebut.. iya la masa ni la akan menjalin keintiman hubungan anak dan ibu... )

22. Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.

23. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

24. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

25. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah. (tutup aurat ye cik adik sekalian..)



Pandangan : Amatlah mudah bagi seorang wanita untuk menjejak Syurga. Namun begitu mengapa terlalu ramai yang masih hidup dalam kejahilan? Sang suami pula perlu ingat, tidak kamu jejaki syurga sebelum keluarga kamu menjejak syurga. Jangan ingat hendak kahwin empat jika yang satu belum terbela. Yang belum kahwin tu ingat, kamu terdedah kepada kemungkaran. Iman akan dicabar sehebat-hebatnya ketika ini. Pilih lah Syurga dan bukannya Neraka.

Siapa tahu, hari ini kita tak sampai ke rumah sebab dipertengahan jalan kita bertemu Izrail.

Siapa tahu, hari ini hari terakhir kita berjumpa pasangan kita sebab dipertengahan jalan, dia berjumpa Izrail. Bagaimana rasanya ketika berjumpa Izrail? Untuk yang beriman, macam 700 pedang yang tajam mencucuk kamu dalam semua arah. Yang tak beriman, bayangkan pisau potong daging kat pasar tu yang tumpul.

Pisau tu menetak kepala kita macam mana orang memecahkan tempurung kelapa. Kepala kita di kopak dua, dipisahkan dengan kasarnya, ketika kita masih hidup. Lepas tu di kapak-kapak kan kepala kita macam tembikai. Itu baru bab kepala. Belum masuk tangan, kaki, badan, etc....


Hadis Nabi Mengenai Wanita.
Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

Wallahua'lam..

Dipetik daripada Bayan Mastura

3 comments:

  1. asalammualaikum..

    Mrs Ataicha...saya ingin bertanya pendapat anda..
    bagaimana pula sekira seorang suami mempunyai sifat-sifat penyayang seperti yang anda nyatakan dari pihak isteri tadi..

    ReplyDelete
  2. waalaikumsalam joi76,

    maybe joi bertanyakan tentang statement ini kan?
    Hadis Nabi Mengenai Wanita.
    Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia".

    Sebenarnya ni adalah ayat yang diambil dari hadith2... yup tak dinafikan kadang2 ada jugak lelaki lebih penyayang dari wanita kan.. cuma apa yg ataicha nak share kat sini kelebihan wanita berbanding lelaki...

    2 hari lepas ataicha baru dengar tazkirah.. dan sebelum2 ni pun pernah.. golongan yang ramai di neraka adalah golongan wanita... kenapa dan apa.. insyaallah jika diizinkan ataicha akan kupas dalam entry yang berlainan..

    so pendapat ataicha mengenai persoalan joi76 tadi... doa itu diterima atau tidak sebenarnya itu bergantung antara anda dengan Nya.. kita digalakkan selalu berdoa.. mungkin ada doa2 kita tersekat disebabkan beberapa perkara..
    so insyaallah jika kita yakin dan sentiassa mengharap pertolongan Nya... mungkin doa kita akan makbul juga satu hari nanti...

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas perkongsian...nice ataicha..

    ReplyDelete

Powered by Blogger.