Tuesday, August 3, 2010

Rindu pada GF yang lama....

[Gambar dari Google]

Pagi2 tadi semasa otw ke opis... ataicha tiba2 rindu akan GF ataicha yang lama... dah lama ataicha tak bertemu dengan nya... GF ataicha ni suka merah.. so ata panggil dia Merah je laa erk... sebut nama kang bahaya plak...

yupp.. dulu Merah selalu menemani ataicha... kemana2 sahaja ataicha nak pergi.... pernah jugak ataicha ajak Mrs ataicha join skali.... nasib baik Mrs ataicha ni paham... kalau Mrs ataicha ni mengamuk ataicha asyik kuar ngan Merah je.... susah plak...

nasib baik Mrs ataicha paham... akan hubungan ataicha dan Merah... hubungan yang telah terjalin sejak dari University lagi... yang susah nak diputuskan walaupun ataicha dah sah jadi suami Mrs ataicha.... banyak kenangan bersama Merah yang tak dapat ataicha lupakan... hampir setiap hari ataicha keluar ngan Merah... tapi sejak 2 bulan lepas selepas Merah pindah ke kampung.... disebabkan merajuk ngan ataicha yang ada GF baru... yang baru ni plak suka hijau... so ataicha panggil dia Hijau la erk... Mrs ataicha cuma skali je kuar ngan Hijau nie.. ntah la kenapa maybe Mrs ataicha kurang suka ngan Hijau... walaupun gitu... Hijau laa yang mampu menemani ataicha ke mana2 disebabkan Mrs ataicha sibuk...

Nampak cam ataicha curang erk.... jangan la gitu.. setakat ni hubungan ataicha ngan Mrs ataicha masih lagi baik... huhuhu.. walaupun kehadiran GF baru ataicha iaitu si Hijau...

Cuma maintenance si Hijau ni agak mahal sket... tapi nak wat cam ne... nak tak nak layan je laa... so di saat ini.. kerinduan kepada Merah amat ketara... ada jugak ataicha risik ngan mak di kampung... Merah dah merajuk... dia tak suka dah merah.. sekarang dengar kata dah biru... uhuk.. dia pun mak kata dah makin lawa... aduh jeles nya... sekarang duk couple ngan adik aku plak.. aduhhhh... jelous nya.... takpe la harap dapat menjengok Merah di hari raya nanti... walaupun Merah dah berubah.. kasih sayang ataicha terhadap mu Merah amat tebal...

Tak jelous ke Mrs ataicha bila baca nie? rasanya tak kut.. sebab Merah adalah Kriss Modenas II dan Hijau adalah Modenas GT128... ahaks...

4 comments:

  1. cisssssssssssssssssssssssssssssssss.....aku terkena la ataicha dengan kauuuuu..

    tau x mmg dah kagum gile lah ngan ur mrs ataicha yg cam rilek x jeles pon..cisssss...

    cisss lagi.
    hahaha

    ReplyDelete
  2. @Lovely Emy... hehehehe

    @cik panadol.. apa yang melepas erk?

    @lumut.. jgn mara...mrs ataicha nak jeles kenapa plak.. hehehe

    ReplyDelete

Related Posts with Thumbnails
Daisypath Anniversary tickers

Doa-doakan agar hubungan ataicha dan mrs.ataicha berkekalan untuk selama-lamanya....

Mrs. Ataicha

Daisypath Happy Birthday tickers

Haziq Naufal

Daisypath Happy Birthday tickers

Keisha Zara

Daisypath Happy Birthday tickers