Header Ads

Header ADS

Remaja kita sudah tiada kualiti?

Remaja kita sekarang sudah tidak berkualiti?.. maybe betul apa yang dikatakan.. tapi ini bukan 100%.. ada juga remaja kita yang masih berkualiti..

Kenapa erk berlaku begini.. ataicha pun tak berapa nak paham? adakah pengajaran yang diajar disekolah tidak mampu membendung masalah sebegini? atau remaja kita sekarang ni terlebih ajar?

Isu buang bayi, rogol, membunuh, lawan guru...semua nya dah jadi macam biasa je dikalangan remaja kita.. tidak pernah putus perkara-perkara begini berlaku..

Zaman remaja ataicha dulu... agak berlainan.. dulu tak pernah terlintas nak lawan guru.. tak puas hati pun.. pancitkan tayar kereta je.. ahaks.. sekarang siap boleh lawan guru dan pukul guru.. knape erk jadi gini?.. tiada rasa hormat kepada guru.. tapi ataicha tak nafikan sekarang ada gak guru tak layak bergelar guru pun.. spesis gini rasanya sebab dah takde keje lain diaorang nak apply kut.. tu yang jadi guru.. ops! jangan mara erk cikgu-cikgu erk.. bukan semua tapi adalah.. sebab bagi ataicha guru adalah satu contoh terbaik untuk remaja sekarang ni.. teringat zaman belajar dulu.. bila ataicha suka seseorang cikgu tu.. so far pelajaran ataicha dalam matapelajaran dalam subjek tersebut cemerlang.. sebab dulu cikgu2 layan sebagai seorang kawan.. asal pergaulan tersebut tidak melebihi batasnya... tu yang ataicha hairan bila pelajar sanggup lawan guru?.. tapi bila tengok video guru yang dipukul hari tu... cikgu tu pun tak apandai main psikologi ngan remaja.. tu pendapat ataicha..

isu buang bayi?.. ni rasa kurang didikan agama, perlu diterapkan agar subjek agama dijadikan asas atau matapelajaran teras.. bukan subjek pilihan... dan matapelajaran agama perlu dilebihkan tentang keagamaan bukan sejarah sahaja... bagaimana hubungan didikan agama dengan isu2 sebegini... cth pergaulan bebas.. apa dosanya.. apa akibatnya... hubungan luar nikah? apa akibat dia.. apa dosanya... mungkin remaja kita ada kesedaran sebelum terjebak ke benda2 tak sihat... kekadang guru-guru agama pun x cukup ilmu dia.. kalau tak xde la berita ustazah ditangkap basah di asrama tahun lepas...

Hari ini, remaja perempuan hanya berumur 12 tahun dah ketagih seks? tipu ke? tak percaya baca Harian Metro hari ini.. so nak cakap macam mana? kenapa perkara begini boleh berlaku??

Rasanya isu Salleh Gregor Samsa, ramai dah baca apa yang diletakkan di FB dia kan? So korang boleh tengok didikan dan perhatian yang kurang dari ibubapa dan guru telah menyesatkan diaorang yang terlalu fanatik dengan dunia PUNK mereka...

Harap pihak kerajaan kita banyak mengubah dan bertindak untuk menghasilkan remaja-remaja yang berkualiti yang mampu menjadi lapisan kepada generasi-generasi sekarang.. bukan hanya meraih undi rakyat dengan memperbaiki kelemahan parti setelah di desak pihak pembangkang dengan isu2 yang terkini...

Sebab tanpa tindakan drastik dari kerajaan dalam membanteras access laman maya ke laman-laman porno, laman-laman fahaman punk & black metal, iklan-iklan seksi di laman majalah... mempratikkan subjek Agama sebagai satu matapelajaran Teras dan bermacam-macam lagi cara.. Remaja kita yang berkualiti mungkin akan pupus seperti dinosour.. huhuhu...

5 comments:

  1. yo lo doh tu Ta...kawe sokong..........cigu dulu2 pun hok bodo2 pun ada...tapi segelintir je lah....

    ReplyDelete
  2. Salam Ataicha =)

    Maaf, jika saya salah memberi pendapat. Jika di lihat situasi zaman sekarang dengan segala mak nenek canggih manggih, setiap orang terdedah dengan kesan teknologi yang didominasi kan oleh orang Kafir.

    Dengan itu, saya berpendapat, agenda mereka untuk menghancurkan anak2 Islam sudah pun berjaya ( lama dah kot..) bagaimana nak patah balik tu, kena sama2 bangkit =D

    yours
    SH

    ReplyDelete
  3. @mohd ~ hehehe thanks..
    @Shahrul Shaharuddin ~ pendapat saudara takde salahnya.. memang akui dunia tanpa sempadan ni telah membuka satu dimensi kehidupan yang tidak lagi mampu kita kawal... hanya kerajaan kita yang mampu menyekat access ini..

    ReplyDelete
  4. ulasan yang baik..
    byk faktor.. diri remaja, ibu bapa dan masayakat..
    kalau ulas, panjang pula nanti..
    remaja-ketahanan diri/kesedaran
    ibubapa-sibuk/lepas pandang/biar
    masyarakat-hal sendiri/

    mmg telah dimaklumkan dlm Al Quran yg akhir zaman mmg nih.. bersediakah kita?

    ReplyDelete
  5. pehh..remaja kita sebenarnya berlemak sgt..tapi rasenye zaman dah lagi kedepan kot..itu sebab dah mcam2 remaja ni skang buat

    ReplyDelete

Powered by Blogger.